`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 21, 2021

‘Mini disko’ di balai polis, 4 anggota berpesta dengan wanita ditahan

 

Dalam serbuan itu, polis merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon serta televisyen.

PETALING JAYA: Seorang ketua balai polis (OCS) bersama tiga anggotanya ditahan dalam serbuan parti liar oleh Bukit Aman di balai polis di daerah Kajang, petang semalam.

Dalam serbuan 6 petang itu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman turut menahan empat wanita ketika sebahagian mereka sedang leka menari dan berkaraoke di sebuah bilik khas dijadikan “mini disko” di balai berkenaan.

Serbuan dilakukan hasil maklumat awam itu menahan OCS berpangkat sub inspektor, dua koperal dan seorang koperal sokongan serta empat wanita berusia 21 hingga 37 tahun.

Turut ditemui dalam bilik berkenaan ialah minuman keras dan mereka dipercayai meminum air ketum di bilik terletak di tingkat dua itu.

Bilik itu dijadikan seperti disko yang lengkap dengan lampu khas sebelum polis merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon serta televisyen.

Mereka turut merampas lima botol mengandungi air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita.

Pengarah JIPS Bukit Aman Azri Ahmad yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan penahanan mereka dibuat berdasarkan maklumat salah laku yang jelas.

Katanya, tindakan mereka adalah menyalahi SOP Covid-19.

“Penahanan dibuat ke atas mereka selepas didapati perbuatan itu dengan jelas melanggar SOP.

“Sekiranya ada yang melanggar peraturan atau SOP, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Polis melakukan siasatan lanjut terhadap kes itu termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.