`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 16, 2021

Otak Lebai Bah 3 - Untuk Orang Simple Sahaja




Jadi lebai ini kata jika awak ada nombor keahlian #34017245 ahli parti lebai maka awak akan masuk syurga.

Kalau awak hanya sokong dari belakang dia kata awak akan masuk neraka. 

Soalan saya bagaimana pula dengan ahli persatuan penyokong parti lebai - yang terdiri daripada orang kafir India dan Cina? Mereka mempunyai nombor keahlian persatuan penyokong parti lebai. Bagaimana pula kedudukan mereka ?   


Apa kata Al Quran? Sila lihat  Surah Al Baqarah 2:94  




2:94 Katakanlah : "Jika rumah di akhirat di sisi Allah (darul akhiratu inda-Allah) khusus hak istimewa untuk kamu dan bukan untuk orang lain, maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar".

2:94  Say, “If the Final Home with Allah is yours alone, to the exclusion of all other people, then wish for death if you are sincere.”

Saya rasa lojik dalam ayat ini sangat kukuh. Jika terdapat sesiapa golongan manusia  yang merasa bahawa akhirat itu khusus bagi mereka dan bukan untuk orang lain, lebih baik orang macam ini mati hari ini juga. Dan terus memulakan kepergian mereka ke darul akhirat yang mereka rasa adalah khusus bagi mereka itu. 

Maksud ayat ini ialah jangan lah sesiapa pun di kalangan manusia merasa bahawa penghabisan baik akhirat itu hanya mereka yang punya. Orang lain tak ada peluang. Janganlah begitu sombong dan takbur. 

Tuan-tuan kalau-lah orang Yahudi ke, Nasrani ke, kafir ke, munafik ke yang tidak patut berkata demikian maka apakah orang Islam pula boleh kata sedemikian juga? 

BACA BAH. 1 disini

BACA BAH. 2 disini


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.