`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 17, 2021

Pegawai positif Covid-19, Balai Polis Kuala Sungai Baru ditutup serta-merta

 

Balai Polis Kuala Sungai Baru akan tutup sehingga 26 Julai, segala urusan boleh dibuat di Balai Polis Lubuk Cina dan Balai Polis Masjid Tanah.

PETALING JAYA: Balai Polis Kuala Sungai Baru, Alor Gajah Melaka ditutup serta-merta bermula hari ini selepas beberapa pegawai di balai tersebut dijangkiti Covid-19.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Arshad Abu berkata, balai berkenaan akan tutup sehingga 26 Julai, oleh itu segala urusan boleh dibuat di Balai Polis Lubuk Cina dan Balai Polis Masjid Tanah.

“Segala urusan termasuk permohonan pengeluaran permit rentas daerah dan negeri boleh dilakukan di Balai Polis Lubok China Dan Balai Polis Masjid Tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran Balai Polis Kuala Sungai Baru seperti rondaan cegah jenayah dijalankan seperti biasa melalui Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Penduduk khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Kuala Sungai Baru yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Alor Gajah di talian 06-5564153 atau 06-5566573 yang dibuka 24 jam,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.