`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 28, 2021

Tarik balik darjah, pingat pegawai kerajaan, ahli politik rasuah, titah Sultan Selangor

 

Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dikurniakan kepada pegawai kerajaan dan ahli politik yang didapati melakukan kesalahan rasuah akan ditarik balik.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani, berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah amat dukacita apabila mendapat tahu baru-baru ini terdapat beberapa pegawai kerajaan di negeri itu terlibat dengan kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan di Selangor.

“Baginda menegaskan bahawa pegawai kerajaan di negeri Selangor yang didapati bersalah terlibat dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dilakukan.

“Mana-mana pegawai kerajaan dan ahli politik yang telah dikurniakan darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dan didapati telah melakukan kesalahan rasuah, maka kurniaan tersebut akan ditarik balik,” katanya dalam kenyataan.

Munir berkata, Sultan Selangor menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melaksanakan tanggungjawab menyiasat dan memastikan aktiviti rasuah di negeri itu dapat dibanteras.

Katanya, baginda menyeru SPRM supaya terus menjalankan penyiasatan yang telus dan teliti serta mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan mereka yang melakukan rasuah tidak terlepas daripada menerima hukuman sewajarnya.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.