`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 14, 2023

Penangan banjir, 4 remaja sangkut dekat pokok

 

Empat remaja lelaki berjaya diselamatkan selepas hanyut dibawa banjir. (Gambar Bernama)

MACHANG: Empat remaja berusia 16 tahun dihanyutkan banjir dan tersangkut pada pokok dalam kejadian dekat Kampung Mengketil.

Mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba Machang.

Komander Operasi Bomba Mokhtar Che Mah, berkata laporan mengenai kejadian itu diterima Pusat Gerakan Operasi pada 4.18 petang tadi dan lapan anggota daripada Balai Bomba Machang diketuai beliau bergegas ke lokasi.

“Setiba di lokasi didapati terdapat empat remaja lelaki telah dihanyutkan dan tersangkut pada pokok dalam jarak 150m.

“Anggota operasi kemudiannya menggunakan tali dan berjaya menyelamatkan semua mangsa yang tersangkut itu dan (mereka) berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi selesai pada 5.51 petang tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.