`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 30, 2023

Imbasan 2023: Suhu politik terus panas

 

Anwar Ibrahim menikmati majoriti kukuh di Parlimen selepas lima Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepadanya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Suhu panas politik 2022 berlanjutan tahun ini bermula dari PRN di enam negeri, peralihan sokongan lima Ahli Parlimen Bersatu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rombakan Jemaah Menteri.

FMT mengimbas semula beberapa peristiwa dalam politik tanah air sepanjang 2023.

Saingan sengit PRN 6 negeri

Seperti dijangka Perikatan Nasional (PN) mengekalkan pentadbiran di Kedah, Kelantan, dan Terengganu manakala gabungan Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN) menguasai Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.

Namun PN terutama PAS menjadi pemenang terbesar manakala Umno terus mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan apabila hanya menang 19 daripada 108 DUN ditandingi.

Pantun debat jadi hiburan PRN

Ruh ruh ruh,
Neh neh neh,
Buang yang keruh,
Ambil yang jernih.”

Pantun dijual Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman kepada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia itu menjadi bualan di media sosial dalam kehangatan PRN di enam negeri.

Lima Ahli Parlimen Bersatu sokong PM

Ketika Perikatan Nasional (PN) mendakwa bakal berlaku perubahan pucuk pimpinan Putrajaya selepas PRN, gabungan itu sebaliknya dikejutkan pula dengan peralihan sokongan lima Ahli Parlimen Bersatu kepada Anwar.

Mereka terdiri Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Mereka yang kekal dalam Bersatu memberi alasan berbuat demikian kerana ingin menjaga kebajikan rakyat di kawasan diwakili selepas PN tidak mahu berunding bagi mendapatkan peruntukan Ahli Parlimen.

Dipujuk isteri, Muhyiddin Yassin buat ‘pusingan u’

Sehari selepas mengumumkan hasrat enggan mempertahankan jawatan presiden Bersatu pada tahun depan, Muhyiddin Yassin membuat ‘pusingan u’ dengan memberi alasan dipujuk isterinya Noorainee Abdul Rahman.

Hasrat berundur yang disuarakan bekas perdana menteri itu ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (PAT) pada 24 Nov, mencetuskan spekulasi berhubung penggantinya dengan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dikatakan menjadi pilihan utama.

Rombakan Kabinet

Selepas hampir lima bulan berteka-teki, Anwar akhirnya mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan tiga bekas menteri kembali ke pentadbiran iaitu Dzulkefly Ahmad, Johari Ghani dan Gobind Singh Deo.

Dzulkefly dilantik menteri kesihatan manakala Johari mengetuai portfolio perladangan dan komoditi. Gobind pula sebagai menteri digital.

Bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Amir Hamzah Azizan dilantik menteri kewangan kedua. V Sivakumar pula digugurkan sebagai menteri sumber manusia digantikan seorang lagi wakil DAP Steven Sim.

Ahli Parlimen Kepala Batas disaman

Dua pemimpin dan seorang veteran DAP memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad daripada PAS di atas dakwaan mereka mempunyai pertalian darah dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dan bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew.

Saman itu difailkan secara berasingan Pengerusi DAP Lim Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung ucapan Mastura dalam ceramah PRK Kemaman pada 4 Nov lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.