`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, December 31, 2023

Adik didakwa bunuh kakak kandung

 

Warga Indonesia Said Afendi, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh kakaknya sendiri dalam satu kejadian di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, minggu lalu. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh kakak kandungnya sendiri di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, minggu lalu.

Said Afendi, 24, didakwa membunuh Syarifah Ilawati, 42, kira-kira 2 pagi, 24 Dis lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Said Afendi mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 18 Feb depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Mamu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh dilapor berkata seorang wanita warga asing ditemui maut dipercayai ditikam dengan objek tajam pada awal pagi Ahad lepas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.