KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Barat Papua, Indonesia pada 1.16 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa dengan kedalaman 76km itu berlaku pada jarak 168km barat dari Jayapura, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Pihak berkuasa Indonesia masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai jumlah kerosakan atau kematian akibat bencana itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.