`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, December 31, 2023

Cadangan lantik pakar bukan Islam, pihak berkuasa perlu siasat Ngeh, kata Tuan Ibrahim

 

Timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Jawatankuasa DAP Pusat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pemimpin DAP yang dilihat acap kali mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti berkait agama Islam, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu berkata ia bagi memadam persepsi rakyat bahawa isu 3R (kaum, agama dan diraja) hanya “terpakai” kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN) sahaja.

“Namun, sekiranya melibatkan (pemimpin) Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan DAP ia disenyapkan.

“Saya melahirkan kebimbangan dengan kenyataan seperti ini yang seolah-olah mendapat restu mereka yang berkehendakkan kelangsungan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk cadangan penasihat DAP Perak Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata cadangan Ngeh itu suatu kekhilafan, dan partinya menghormati kebijaksanaan Sultan Selangor selaku pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam membuat keputusan.

Susulan itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak mencampuri urusan hal ehwal Islam.

Ahli Parlimen Beruas itu kemudian memohon maaf dan menarik balik kenyataannya, sambil menjelaskan tidak mempunyai niat untuk mencampuri hal ehwal Islam.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata rakyat telah mengenali sikap DAP yang tidak pernah diam dalam menyentuh dan mencampuri urusan umat Islam.

“Walhal, tidak sepatutnya kenyataan sensitif seperti itu dikeluarkan oleh seorang Ahli Jawatankuasa DAP Pusat,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Hadi Awang, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor antara pemimpin PN disiasat polis berkait kenyataan menyentuh sensitiviti 3R. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.