`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 25, 2024

Peranan bertindih MTEN, pakar tolak cadangan CEAC Umno

 

kl skyline
Pakar berkata pertindihan fungsi antara Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi Utama akan wujud khususnya berkait penstrukturan ekonomi Malaysia.
PETALING JAYA
Pakar ekonomi menolak cadangan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Utama (CEAC) dicadangkan Umno kerana objektifnya dilihat bertindih dengan peranan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School berkata, apa yang lebih penting adalah kerajaan memastikan setiap dasar dan polisi ekonomi sedia ada dilaksanakan lebih menyeluruh.

Katanya, sebarang sumber pertumbuhan dan penghasilan ekonomi baharu boleh diselia melalui MTEN iaitu badan penasihat bawah Kementerian Ekonomi itu.

Free Malaysia Today
Ahmed Razman Abdul Latiff.

Saya berpendapat tidak perlu wujudkan CEAC kerana bertindih objektif dengan MTEN,
 katanya kepada FMT.

Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) kelmarin, Presiden Zahid Hamidi berkata penubuhan CEAC dilihat penting memandangkan negara sedang beralih kepada sumber pertumbuhan dan penghasilan baharu seperti nadir bumi, ekonomi digital, inovasi dan pelaburan hijau selain pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) aras tinggi.

Melalui CEAC, kerajaan boleh mempertimbang rejim percukaian progresif bagi meningkatkan lagi pendapatan negara,
 katanya.

Zulkifly Osman dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang senada dengan Razman berkata, pertindihan fungsi antara MTEN dan CEAC sememangnya akan wujud khususnya berkait penstrukturan ekonomi negara.

Beliau berkata, sepatutnya apa sahaja cadangan yang baik untuk ekonomi negara perlu dibawa ke pengetahuan agensi sedia ada.

Tapi itulah lumrah. Saya tak nampak sesuatu yang baharu, tetapi bagi yang berjawatan usaha perlu dizahirkan daripada ‘brand’ tertentu walaupun hanya sedikit perbezaan nama,
 katanya.
Sementara itu, Barjoyai Bardai dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia mencadangkan kerajaan mewujudkan institusi wakaf untuk ‘mengiringi’ penubuhan CEAC bagi mengelak keuntungan sumber hasil baharu jatuh kepada warga asing.
Barjoyai Bardai
Barjoyai Bardai.

Beliau yang setuju dengan cadangan penubuhan CEAC berkata, institusi wakaf perlu dipertimbangkan untuk mengumpul pendapatan menerusi sumber ekonomi baharu yang boleh dimanfaatkan rakyat secara keseluruhan.

“Jadikan sebagai harta awam bukan dikuasai individu atau syarikat atau dimiliki syarikat antarabangsa.

Norway tubuhkan institusi wakaf apabila menemui minyak, dana tidak diusik sampai sekarang sejak 1993 yang bernilai 10 trilion Kroner dan menjadikannya antara negara terkaya,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.