`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 3, 2024

‘Belanja tak terkawal’, kerajaan tubuh sekretariat pantau pertindihan fungsi

 

anwar
Anwar Ibrahim turut menggesa ketua-ketua jabatan serta penjawat awam keseluruhannya berjimat cermat dalam menggunakan dana kerajaan. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA
Kerajaan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan fungsi dan dana negara.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata sekretariat di bawah Kementerian Kewangan (MoF) itu mendapat ‘restu’ daripada Jemaah Menteri dan akan bertugas serta-merta dalam usaha kerajaan melaksanakan reformasi besar-besaran perkhidmatan awam.

“Saya sudah putuskan baru-baru ini untuk Kementerian Kewangan, yang direstui kerajaan keseluruhannya membentuk jawatankuasa dua hala, jawatankuasa mengemaskini rasionalisasi badan berkanun.

Badan berkanun itu terlalu banyak dan bertindih (fungsi), dan sukar untuk dirasionalisasi maknanya nak dikurangkan dan diperkemaskan… keterlanjuran dan banyak belanja tak terkawal,
 katanya.
Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan.

Beliau turut menggesa ketua-ketua jabatan serta penjawat awam keseluruhannya berjimat cermat dalam menggunakan dana kerajaan.

Kalau lantik pengerusi baru, kereta apa, pejabat diubah… saya kata tak payah tukar, tak payah pinda tapi kadang-kadang kita lupa ini amanah, jadi saya nak semangat merdeka ini dimaknai oleh semua.

Semalam, Anwar membayangkan reformasi besar-besaran membabitkan agensi dan jabatan kerajaan akan dilaksanakan bulan ini.

Langkah itu, menurutnya, diambil selepas reformasi penggabungan agensi dan jabatan masih di peringkat tidak memuaskan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.