`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 24, 2024

PRK Mahkota: 95% pengundi awal tunai tanggungjawab

 

Free Malaysia Today
Undi awal berlangsung di Dewan Mahkota di Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis IPD Kluang, dan SK Sultan Sir Ibrahim. (Gambar Bernama)

KLUANG
Sebanyak 95.45% anggota tentera dan pasangan serta polis menunaikan tanggungjawab pengundi awal bagi PRK Mahkota.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan, berkata proses pengundian awal PRK itu melibatkan 4,437 pengundi.

Beliau berkata, SPR mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid dan pasukan yang telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik.

SPR juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk polis, tentera, pihak berkuasa tempatan, dan media atas kerjasama serta sokongan kepada suruhanjaya itu.

Proses pengundian awal berlangsung di tiga pusat mengundi iaitu Dewan Mahkota di Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis IPD Kluang dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim.

Semua pusat pengundian awal itu dibuka pada 8 pagi dan ditutup 5 petang.

PRK Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional, Syed Hussien Syed Abdullah menentang calon Perikatan Nasional, Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos.

DUN Mahkota yang terletak di dalam Parlimen Kluang memiliki keseluruhan 66,318 pengundi berdaftar, dengan 20 pusat mengundi biasa akan dibuka pada Sabtu ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.