`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 14, 2024

Disyaki cabul murid Tahun 6, guru penolong kanan ditahan

 

Free Malaysia Today
Polis berkata, suspek 37 tahun itu ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan pada 3 petang Jumaat lalu. (Gambar fail)

PETALING JAYA
Polis menahan seorang guru penolong kanan Sabtu lalu kerana disyaki mencabul murid perempuan Tahun Enam di sebuah sekolah rendah di Ipoh.

Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris, berkata suspek 37 tahun itu ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan pada 3 petang Jumaat lalu.

“Pengadu melaporkan anak perempuannya berusia 12 tahun dipeluk dan dicium serta menerima gambar tidak senonoh daripada suspek yang baru lapan bulan bertugas di sekolah berkenaan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh menahan suspek untuk siasatan lanjut,
 katanya menurut Sinar Harian dalam sidang akhbar di IPK Perak.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek masih bujang itu sudah beberapa kali melakukan perbuatan berkenaan membabitkan seorang mangsa setakat ini.

Menurutnya, suspek yang tiada rekod jenayah direman enam hari hingga Khamis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Ahad lalu, Kementerian Pendidikan dilaporkan sedia memberi khidmat kaunseling kepada mangsa yang dilaporkan mengalami gangguan seksual daripada guru terbabit.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Wong berkata, suspek dipindahkan dari sekolah itu selepas menerima laporan kes berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.