`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 2, 2024

Detik hitam PN kalah besar di negeri kelahiran Muhyiddin, kata penganalisis

 

Free Malaysia Today
Kelmarin, Presiden Gerakan Dominic Lau gesa PN kaji peningkatan sokongan orang Melayu kepada BN/Umno pada PRK Nenggiri dan Mahkota.

PETALING JAYA
Penganalisis politik mencadangkan Perikatan Nasional dan Bersatu mengadakan mesyuarat agung luar biasa untuk merungkai punca kekalahannya dalam dua PRK di dua kerusi majoriti Melayu dengan perbezaan undi besar.

Pada PRK Nenggiri, Barisan Nasional (BN) merampas kerusi PN itu dengan majoriti 3,372 manakala Mahkota ditawan kerajaan perpaduan dengan kelebihan 20,648 undi.

Mohammad Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya (UM) berkata, kekalahan terbaru PN dengan majoriti lebih 20,000 undi boleh disifatkan detik hitam untuk komponen itu khususnya Bersatu, lebih-lebih lagi Mahkota terletak di Johor, iaitu negeri kelahiran Presiden Muhyiddin Yassin.

“Buat EGM untuk cari punca dan hasil kajian peralihan sokongan orang Melayu kepada Umno, benar Johor dan Mahkota kubu kuat Umno/BN tetapi jika majoriti kalah sehingga 20,648 mesti ada sebabnya.

Free Malaysia Today
Mohammad Tawfik Yaakub.

Bersatu dan PN tidak boleh terpengaruh dalam sindrom penafian, perlu dedah punca kekalahan dan hasil kajian kepada ahli melalui EGM,
 katanya kepada FMT.

Kelmarin, Presiden Gerakan Dominic Lau bimbang pengaliran undi Melayu kepada BN pada PRK Nenggiri dan Mahkota, menyaksikan sekutunya Bersatu kalah dengan majoriti besar.

Sehubungan itu, beliau menggesa PN mengkaji peningkatan sokongan kepada Umno selain gabungan kerajaan perpaduan, sebagai persediaan berdepan PRU16.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, pula berkata kajian sokongan perlu secara konsisten tidak kira sama ada PN menang atau kalah dalam mana-mana pilihan raya untuk menilai perubahan sokongan pengundi.

Sementara itu, Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpendapat terlalu awal menyimpulkan PN ditolak orang Melayu berdasarkan kekalahan berturut-turut dua PRK di kerusi majoriti Melayu.

Ariff Aizuddin Azlan
Ariff Aizuddin Azlan.

Namun, beliau mengingatkan PN keputusan PRK Nenggiri dan Mahkota menunjukkan komponen itu tidak lagi boleh bergantung sokongan pengundi tradisi sebaliknya mula memasang strategi memancing undi bukan Melayu/Islam.

“Tidak mustahil jika pengundi Melayu di Nenggiri dan Mahkota mungkin sudah ‘terbeli’ naratif kerajaan perpaduan berhubung rancangan ekonomi dan pembangunan sering kali diuar-uarkan.

Risiko besar jika PN terus bergantung (undi Melayu) kerana dalam konteks persaingan semasa, undi bukan Melayu juga perlu diambil kira jika mahu meluaskan pengaruh sokongan,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.