`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 2, 2024

Jais tangkap 108 disyaki terlibat GISBH setakat ini

 

gisb
Siasatan terhadap suspek ditangkap Jais mendapati wujud beberapa fakta mengenai amalan dan kepercayaan bercanggah fatwa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangkap 108 individu disyaki terlibat dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) setakat ini.

Pengarah Mohd Shahzihan Ahmad berkata, mereka yang ditangkap disyaki terlibat pelbagai kesalahan syariah merangkumi perkara berkaitan akidah, pungutan khairat tanpa kebenaran dan perkahwinan.

Katanya, sehingga kini hasil siasatan terhadap suspek terbabit mendapati wujud beberapa fakta mengenai amalan dan kepercayaan bercanggah fatwa.

“(Ini) termasuk amalan mempercayai beberapa perkara dikaitkan dengan pimpinan memberikan keberkatan kepada ahli, membolehkan masuk syurga. 

(Mereka juga disyaki) mengamalkan Aurad Muhammadiah, percaya Abuya tidak mati dan berada di alam ghaib,

 katanya dalam kenyataan.

Shahzihan berkata, siasatan juga mendapati berlaku perkahwinan dan perceraian diatur oleh pemimpin kumpulan itu tanpa dokumentasi yang sah.

Dapatan siasatan juga menunjukkan perkahwinan tidak dapat dibuktikan dengan keterangan dokumen yang sah…perkahwinan dan poligami dibuat tanpa kebenaran Mahkamah Syariah,
 katanya.

Beliau berkata, keadaan ini menyebabkan berlaku kecelaruan dalam penentuan nasab, status perkahwinan dan dokumentasi perkahwinan.

Perkara ini dijangka memberi kesan terhadap kanak-kanak yang diselamatkan sebelum ini apabila mereka menginjak ke alam remaja dan dewasa kelak,
 katanya.

Tidak mustahil keadaan ini berpotensi besar akan menjejaskan penentuan nasab dan memungkinkan berlakunya pernikahan yang fasid atau wati syubhah.

Sementara itu, beliau memaklumkan Jais bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan agensi lain untuk mengenal pasti salasilah sebahagian besar daripada 435 kanak-kanak diselamatkan menerusi Op Global.

Terdahulu, dilaporkan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Mohammad Fahmi Ngah, berkata keputusan dicapai mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISBH akan disembah maklum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Katanya, keputusan dibuat dalam mesyuarat semalam akan dibawa menghadap Sultan Sharafuddin sebelum diwartakan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.