`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 12, 2024

Nahas UiTM Dungun: Siasatan diteruskan meskipun terdapat dakwaan masalah mental

 

kemalangan
Polis sedang dapatkan laporan kesihatan pemandu yang dipercayai ada masalah mental, dalam nahas yang mengakibatkan kematian tiga pelajar UiTM. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR
Polis sedang mendapatkan laporan kesihatan pemandu wanita yang dipercayai ada masalah mental dan melanggar dua motosikal hingga mengakibatkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun dalam kejadian Rabu lepas, bagi melengkapkan siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan, berkata siasatan terhadap suspek tetap dilakukan mengikut prosedur biasa meskipun terdapat dakwaan wanita itu mempunyai masalah mental.

Kes ini tetap disiasat seperti biasa termasuk direman, tiada pengecualian. Polis akan mendapatkan laporan kesihatan wanita terbabit sebelum siasatan dilengkapkan,
 katanya.

Beliau berkata keputusan sama ada suspek perlu mendapatkan rawatan psikiatri atau tidak bergantung kepada mahkamah selepas suspek tersebut dituduh nanti.

Dalam kejadian pada 7.35 malam Rabu lepas, tiga pelajar UiTM Kampus Dungun yang menunggang dan membonceng motosikal maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera selepas dirempuh sebuah kereta berdekatan kampus berkenaan.

Pemandu kereta tersebut iaitu wanita berusia 49 tahun direman empat hari bermula Khamis lepas.

Tiga mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor; Ku Adib Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor; manakala yang cedera ialah Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, dari Keramat, Kuala Lumpur. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.