KUALA LUMPUR: Pelajar yang mengibarkan bendera China di sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini bukanlah warga negara Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata perkara itu dijelaskan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai kepadanya dengan mengatakan pelajar berkenaan sebahagian daripada 33 pelajar dari China yang bersekolah di sekolah terbabit.
“Mereka bukan warganegara Malaysia, mereka belajar di sekolah berkenaan dan ada gambar lain yang menunjukkan pelajar dari China dan pelajar Malaysia kedua-duanya di sekolah ini mereka bersama-sama dalam satu aktiviti dan masing-masing mengibar bendera negara atau negeri masing-masing.
katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi Program Kesihatan Lembah Pantai bersama IMU Cares di PPR Kerinchi di sini hari ini.Saya nampak (dalam gambar) ada pelajar warga China mereka kibarkan bendera China, ada pelajar yang mengibarkan Jalur Gemilang dan ada juga mengibarkan bendera Pulau Pinang,
Sehubungan itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengenal pasti individu yang menyebar maklumat palsu kononnya pelajar Malaysia mengibarkan bendera China berkenaan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata polis juga sudah memiliki maklumat individu yang melakukan tindakan adu domba itu dan sedang dalam proses untuk mengambil tindakan selanjutnya.
katanya.Saya minta pihak polis mengambil tindakan yang tegas kerana mereka cuba menimbulkan satu kegusaran dalam masyarakat kita seolah-olah masyarakat membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Jadi ini tuduhan yang sangat jahat,
Fahmi turut menasihati orang ramai agar menyelidik dahulu sesuatu perkara dan mendapatkan fakta sahih sebelum membuat sebarang komen. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.