"Kita patut mencontohi Singapura sebab pendekatan mereka lebih hampiri toleran dan saling menghormati antara manusia yang memang mirip ajaran Islam".
Draf RUU Mufti Wilayah Persekutuan itu mula diusulkan oleh Kerajaan sebelum ini. Maksudnya RUU Mufti Wilayah itu adalah hasil karya orang yang sekarang jadi pembangkang. Dulu mereka yang pegang kuasa. Tetapi yang memperjuangkan RUU itu sekarang adalah golongan yang menjadi pembangkang dulu (termasuk parti Cina) yang sekarang pegang kuasa pula. So seperti mana saya sebut semalam, dan banyak kali sebelum itu, tak kira siapa yang menjadi kerajaan dasar-dasar mereka adalah serupa juga. No difference. Kalau dulu tuan-tuan kena kincin, hari ini pun tuan-tuan kena kincin juga.
Saya terkejut baca kenyataan se-ekoq m@m@k p@duk@ng juga bahawa SIAPA TIDAK SETUJU RUU MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN ADALAH ANTI ISLAM ? Fulamak !! Satu lagi patua songsang. Ini macam nak buat mazhab sendiri kut. Kepala bapak dia anti Islam!
Tuan-tuan, RUU Mufti Wilayah ini tiada kaitan apa pun dengan Islam. RUU ini isu PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA. Bukan isu iman atau ad-deen Islam.
Sesiapa di kalangan Tuan-Tuan yang lembap akal sila angkat telefon dan panggil Syeikhul Besar Universiti Al Azhar di Cairo dan tanya dia 'Tuan Syeikh, apa kena mengena RUU Mufti Wilayah Persekutun di Malaysia dengan ad deen Islam?' Tengok apa dia cakap. Go ahead. Jangan dok diam bodoh saja. Angkat telefon, panggil Syeikhul Besar Al Azhar dan tanya dia dulu. Sepatutnya dia lagi faham Islam. Bukan begitu?
Tempoh hari saya dengar video seorang mufti negeri utara bercakap bahawa dia anti syiah antara sebabnya dia rasa orang Melayu akan rasa pelik melihat orang syiah sambut perayaan Ashura dengan sebat-menyebat belakang dan kepala mereka atau kelar diri dengan pisau sehingga berdarah.
Di Singapura dan Indonesia mereka tidak melarang orang Islam daripada ikuti mazhab apa pun samada Sunnah, Syiah, Wahabi, Salafi, Qadiani, Sufi, Tareqat. Terutama sekali di Singapura di mana pihak berkuasa kawal ketat keselamatan semua mazhab daripada diganggu oleh sebarang mazhab yang lain. Singapura tidak membenarkan sebarang mazhab mengecam, menghina, mengutuk atau mengkritik sebarang mazhab yang lain secara terbuka. Dakwah secara persendirian dibenarkan tetapi mencaci mazhab lain, menghina mazhab lain secara terbuka dari mimbar atau dari atas pentas tidak dibenarkan.
Maka Singapura pernah mengharamkan pendakwah asing yang terkenal (samada Sunnah, Wahabi, Salafi, Kristian) yang suka kutuk mazhab atau agama lain daripada masuk ke Singapura.
- Singapore banned two Muslim foreign preachers Mufti Menk, and H--lin bin Bahar-m because of their intolerance and risk to its social harmony
- Singapore refused entry of Indonesian Preacher Abdul Somad Batubara
- In 2017, two foreign Christian preachers banned for derogatory comments towards other religions
- In 2018, Singapore banned American Christian preacher Lou Engle, made derogatory comments about Islam.
Oleh itu semua mazhab dan agama bebas mengikut fahaman mereka tanpa diganggu oleh mazhab lain dan mereka pun faham mereka tidak boleh menganggu mazhab dan agama lain di Singapura. Everyone learns to live in peace.
Kita patut mencontohi Singapura sebab pendekatan mereka lebih hampiri toleran dan saling menghormati antara manusia yang memang mirip ajaran Islam.
Dan daripada pengalaman saya sendiri, masyarakat Islam pelbagai mazhab paling bersatu dan mengenali antara satu sama lain di negara Barat. Di Amerikan Syarikat contohnya bilangan orang Islam (walaupun berjuta) adalah minoriti sangat kecil. Jadi apabila terjumpa masjid saja, semua mazhab Islam (Sunnah, Wahabi, Syiah, Qadiani) akan mengunjungi masjid itu bukan saja untuk sembahyang jemaah tetapi juga untuk mengenali saudara Islam mereka di kawasan itu.
Orang Islam pelbagai mazhab (berasal dari negara lain) di Amerika Syarikat boleh berkasih sayang sesama Islam, tak kira mazhab atau tareqat. Sembahyang bersama, makan bersama, main bola bersama, melawat rumah saudara Islam dsbnya. Tetapi bila balik ke negara asal saja mereka akan terus benci-membenci, caci-mencaci dan bunuh membunuh sesama sendiri. Terus jadi gila babi.
Tetapi toleran dan kasih sayang antara Islam yang paling lama dan kukuh adalah sewaktu naik haji di Mekah. Mazhab Syiah, mazhab Sunnah, mazhab Wahabi, Qadiani, tareqat atau mazhab apa pun semua naik haji bersama, ber-assalamualaikum bersama, sembahyang bersama, tawaf bersama, melontar jamrat bersama, semua makanan mereka adalah halal. Tiada siapa pun menyoal atau pertikaikan mazhab jemaah sebelahnya. Ini adalah satu keajaiban besar ad deen Islam sejak lebih 1400 tahun.
Surah 2:197 وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلْحَجِّ ۗ - (wa laa fusuqa wa laa jidaala fil hajji) "dan jangan membuat fasik, dan jangan bertengkar dalam haji".
Cuba bayangkan kalau m@m@k p@duk@ng atau mufti songsang menjadi Sharif al Haramain (Penjaga Dua Kota Suci) - Nauzubillah.
Kemungkinanya mereka akan letak mesin MRI Brain Scanner di lapangan terbang Jeddah untuk scan otak dalam kepala para jemaah. Untuk pastikan mazhab dalam kepala otak mereka. Siapa 'fail' akan dihantar pulang.
Islam sekarang sudah bertukar wajah sama sekali. Islam politik (cari duit), Islam lebai penipu (cari duit) , Islam ostard glamour (cari duit), Islam jampi poo kanan poo kiri (cari duit), Islam air jampi (cari duit), Islam sijil halal (cari duit), Islam RUU (cari duit), Islam survival perkauman (cari duit).
SIAPA TIDAK SETUJU ADALAH ANTI ISLAM ?
NAUZUBILLAH !!
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.