`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 2, 2024

‘Saya tak lobi jawatan ketua penerangan Bersatu’, kata Tun Faisal

Free Malaysia Today
Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Tun Faisal Ismail Aziz (berdiri kiri) sebagai ketua penerangan Bersatu, Khamis lalu.

PETALING JAYA

Bekas pemimpin akar umbi Umno Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan beliau tidak melobi untuk dilantik ketua penerangan Bersatu yang mungkin menimbulkan persoalan kerana dirinya baru setahun menyertai parti itu.

Menyertai Bersatu lima bulan selepas dipecat Umno pada Januari tahun lalu, Faisal memberitahu FMT, beliau tidak meminta mana-mana jawatan sebaliknya mahu bertanding kerusi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada pemilihan lalu, tetapi tidak layak.

Menurut bekas timbalan ketua Umno Putrajaya itu, beliau dimaklumkan tidak boleh bertanding kerana belum cukup dua tahun dalam Bersatu.

“Saya tak minta jawatan, tak pernah lobi,” kata bekas setiausaha akhbar kepada Annuar Musa yang menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Wilayah Persekutuan dari 2020 hingga 2022.

Pelantikan bekas pegawai kanan di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu sebagai ketua penerangan Bersatu diumumkan Presiden Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.

Ada pemimpin Bersatu enggan dikenali memberitahu FMT, pemilihan Faisal menimbulkan persoalan kerana beliau baru setahun menyertai Bersatu dan menggesa peranan terbabit sebaiknya diberi kepada ahli lama.

Penggal 2021-2024 menyaksikan jawatan itu disandang pengasas parti iaitu Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan yang kemudiannya digantikan Exco Terengganu Razali Idris.

Faisal mungkin menganggap pelantikannya itu disebabkan pengalamannya selama 24 tahun dalam Umno dan pernah memegang pelbagai jawatan.

“Apabila diterima Bersatu, saya tak pernah minta sebarang ganjaran, tetapi secara rela hati bila Umno telah terpesong daripada perjuangan.

“Mungkin juga (dilantik ketua penerangan Bersatu) sebab orang menghargainya…tetapi saya tak tahu apa sebenarnya (sebab) di belakang,” katanya.

Beliau juga tidak menganggap pelantikan itu sebagai keistimewaan sebaliknya tekanan kepada dirinya untuk membantu parti masih baharu dibandingkan dengan Umno.

“Saya dulu dengan kerajaan dan dengan Umno yang mempunyai banyak sumber kerana usianya 78 tahun, semua sudah ada pada tempatnya,” katanya.

Umno pada Mac 2021 menggantung keahlian Faisal selama enam tahun kerana membuat kenyataan terbuka menentang Presiden Zahid Hamidi, sebelum dipecat dua tahun kemudian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.