`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 3, 2024

Cerun runtuh, Orang Asli Pos Gob terputus hubungan

 

Free Malaysia Today
Penduduk Orang Asli Pos Gob mengambil masa lebih dua jam untuk mengalihkan pokok-pokok yang tumbang dan terpaksa mengangkat motosikal yang tenggelam dalam lumpur. (Gambar Orang Asli Kampung Pos Simpor)

GUA MUSANG
Laluan utama masyarakat Orang Asli di Pos Gob tidak dapat diakses berikutan cerun runtuh berhampiran Sungai Pelat semalam.

Kejadian tersebut menyebabkan kira-kira 500 penduduk Orang Asli suku Temiar terputus hubungan dan tidak dapat menggunakan jalan tersebut.

Ketua Jaringan Kampung Orang Asli Pos Gob Yusman Abdol berkata, tujuh kampung yang terjejas ialah Kampung Gob; Kampung Kacheng; Kampung Brog; Kampung Bercap; Kampung Tembaga; Kampung Kelerang dan Kampung Rang.

“Kejadian ini mungkin disebabkan oleh hujan yang berterusan sejak 20 Nov lepas, menyebabkan tanah di kawasan cerun menjadi lembap. Kami hanya menyedari laluan itu terhalang setelah keluar secara berkumpulan untuk ke bandar Gua Musang bagi mendapatkan bekalan makanan.

“Kami mengambil peluang untuk keluar memandangkan cuaca cerah dan tidak hujan semalam. Namun, setibanya di kawasan Sungai Pelat, laluan didapati tertutup oleh pokok-pokok tumbang, malah jalan juga berlumpur tebal,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mereka mengambil masa lebih dua jam untuk mengalihkan pokok-pokok yang tumbang dan terpaksa mengangkat motosikal yang tenggelam dalam lumpur.

“Perjalanan memakan masa lebih lapan jam untuk keluar dari Pos Gob berbanding kebiasaan yang hanya mengambil masa empat hingga lima jam,” katanya sambil merayu pihak berwajib agar mengambil tindakan segera. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.