`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 12, 2024

Mara mula proses fail kebankrapan ke atas Che Ta, anak

 

Free Malaysia Today
Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta, dan anaknya, Amar Effendy, akan dikenakan tindakan kebankrapan jika gagal melunaskan semua baki pinjaman dengan Mara. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA
Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam proses pemfailan kebankrapan ke atas pelakon, Rozita Che Wan, atau lebih dikenali sebagai Che Ta dan anak sulungnya, Amar Effendy kerana gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.

Difahamkan, pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd, dengan Rozita dan anak lelakinya sebagai penjamin.

Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan kebankrapan hanya akan dihentikan jika Rozita membayar sepenuhnya pinjaman itu susulan Mara tidak lagi memberi pelanjutan tempoh selepas mahkamah membuat keputusan muktamad mengenainya.

Beliau berkata, tindakan itu adalah proses sama yang diambil badan berkanun itu terhadap mana-mana peminjam yang enggan atau gagal melunaskan hutang mereka, seperti terkandung dalam perjanjian.

“Saya sudah mengarahkan bahagian undang-undang Mara mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana kita sudah memberi tempoh secukupnya untuk beliau melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.

“Tiada siapa boleh menghalang tindakan Mara ini kerana ia perintah mahkamah. Sebenarnya, kita tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan dilakukan,” katanya kepada Berita Harian.

“Ini kerana MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang, malah sebelum sebarang tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘ihsan’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka.”

Asyraf Wajdi berkata, tindakan perundangan adalah jalan terakhir diambil, jika semua usaha dilakukan untuk pembayaran semula pinjaman tidak diendahkan.

Beliau berkata, Mara sebelum itu sudah membuka pintu rundingan supaya penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman dapat dilakukan jika mereka menghadapi masalah.

“Bagaimanapun, bagi kes pelakon ini, saya difahamkan dia tidak memberi kerjasama sepatutnya, malah kes berlarutan lama kerana banyak kali mahkamah ditangguhkan kerana dia membuat pertukaran peguam,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.