`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, December 14, 2025

30 rumah di perkampungan atas air Tawau hangus

Tiada mangsa dilaporkan terbabit atau cedera dalam kebakaran itu.

kebakaran tawau
Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah di Kampung Sri Aman yang marak dengan cepat dan merebak ke kawasan sekitar akibat struktur kediaman rapat diperbuat daripada papan dan kayu. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
 Sekurang-kurangnya 30 rumah di perkampungan atas air di Kampung Sri Aman, Lorong Jade 4, Jalan Apas, Tawau musnah sepenuhnya dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran kira-kira 11.20 malam itu dipercayai bermula dari sebuah rumah yang marak dengan cepat dan merebak ke kawasan sekitar akibat struktur kediaman rapat diperbuat daripada papan dan kayu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata tiada mangsa dilaporkan terbabit atau cedera dalam kebakaran itu.

“Kebakaran membabitkan 30 rumah yang terbakar sepenuhnya, dengan anggaran keluasan keseluruhan kira-kira 0.55 hektar,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kira-kira 300 rumah berhampiran terselamat daripada turut dijilat api susulan tindakan pantas 27 anggota bersama dua jentera yang dikerahkan ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima pada 11.23 malam tadi.

Menurutnya, operasi pemadaman turut dibantu BBP Kunak dengan enam anggota serta Bomba Komuniti Kampung Titingan dan penduduk setempat.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada 12.44 tengah malam dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.