Wakil pelajar berkata, langkah itu untuk ringankan beban mahasiswa berdepan impak kos sara hidup.

Presidennya, Muhammad Irfan Firdaus Md Fauzi berkata, cadangan untuk memperkasa inisiatif itu dikemukakan dalam kunjungan rasmi MPPK ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Jumaat lepas.
Menurutnya, harga itu bagi hidangan nasi, sayur dan ayam yang set berkenaan turut dicadangkan dijenama semula kepada ‘Menu Kasih Siswa’.
“Ketika ini harga menu berkenaan berbeza antara RM5.50 hingga RM6 di universiti, justeru penyelarasan penting bagi memastikan manfaat adil kepada semua mahasiswa.
“KPT dilihat menyambut baik dan akan membincangkannya ke peringkat lebih tinggi,” katanya kepada FMT.
Kelmarin, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir berkata, kementeriannya sedang meneliti langkah membantu mahasiswa menghadapi kemungkinan kenaikan kos sara hidup, termasuk harga makanan dan keperluan harian.
Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Tang Yi Ze menyokong pengukuhan inisiatif itu khususnya untuk pelajar B40.
Beliau turut mencadangkan penambahan subsidi RM400 hingga RM600 melalui program Flysiswa bagi membantu kos perjalanan pulang.
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Muhamad Amirul Irfan Amir Hamzah pula berkata, pendekatan menyeluruh diperlukan untuk mengelakkan tekanan kos sara hidup dihadapi pelajar.
“Ia termasuk bantuan kewangan tambahan, kawalan harga makanan dan peluang pekerjaan sambilan di kampus.
“Tekanan kos sara hidup boleh menjejaskan fokus akademik dan kesihatan mental mahasiswa,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.