Pemergiannya disahkan Presiden MCA Wee Ka Siong.

Pemergian tokoh itu disahkan oleh Presiden MCA Wee Ka Siong, menurut laporan Bernama.
Ling yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dianggap antara figura penting dalam politik Malaysia, khususnya dalam MCA dan Barisan Nasional (BN), sepanjang lebih dua dekad perkhidmatannya.
Ling menjadi presiden MCA pada 1986 dan memegang jawatan itu sehingga 2003.
Dalam tempoh itu, beliau turut dilantik sebagai menteri pengangkutan, jawatan dipegangnya selama kira-kira 17 tahun.
Ling memperoleh kelulusan sebagai doktor perubatan dari Universiti Singapura.
Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Mata Kuching pada 1974 dan mempertahankan kerusi itu dalam dua pilihan raya umum berikutnya (1978 dan 1982).
Pada PRU berlangsung 1986, beliau memenangi kerusi Parlimen Labis yang disandangnya selama empat penggal. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.