`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, April 11, 2026

Sukma 2026: Tiada perkampungan sukan, atlet terima subsidi RM100 sehari

 Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari berkata langkah itu diambil bagi menjimatkan kos penganjuran.

Taufiq Johari
Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari, berkata pengurusan negeri masing-masing akan menguruskan penempatan atlet di lokasi dipilih kontinjen. (Gambar Bernama)
SUNGAI PETANI:
 Tiada perkampungan sukan akan disediakan bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 dijadual berlangsung 15 hingga 24 Ogos depan, sebaliknya atlet terlibat akan menerima subsidi penginapan mengikut kontinjen masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari, berkata keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang diadakan Khamis lalu sebagai sebahagian langkah penjimatan kos penganjuran.

“Dalam mesyuarat tersebut, Selangor selaku tuan rumah telah membentangkan semua venue dan dimaklumkan bahawa tiada perkampungan sukan kali ini.

“Jadi, setiap atlet akan diberikan subsidi sebanyak RM100 sehari, manakala pengurusan negeri masing-masing akan menguruskan penempatan atlet di lokasi yang dipilih kontinjen,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Raya Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani di Sekolah Menengah Persendirian Sin Min, Taman Keladi.

Beliau berkata, penganjuran temasya itu akan dilaksanakan secara lebih berskala kecil, namun tidak menjejaskan kualiti atlet, sukan dan penganjuran keseluruhan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.