Operasi mencari dan menangkap suspek digerakkan dalam skala lebih besar.

Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata kawalan ketat itu bagi mengelakkan suspek Muhammad Hassan, 24, melarikan diri ke luar negara.
“Operasi mencari dan menangkap suspek kini digerakkan dalam skala lebih besar merangkumi bantuan Pasukan Gerakan Am, Pangkalan Gerakan Udara serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
“Polis memberi jaminan keselamatan awam masih terpelihara. Namun begitu, orang ramai perlu sentiasa peka dan tidak mengambil mudah setiap perkara yang dilakukan,” menurut kenyataan.
Suspek melarikan diri daripada kawalan polis di Padang Kawad Penjara Sungai Buloh pada 6 petang selepas menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.
Suspek yang ditahan bagi perbicaraan berkaitan kes seksual terhadap kanak-kanak dan kesalahan imigresen kali terakhir dilihat memakai kemeja-T oren dan seluar panjang hitam.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Muhendran Chandra, menerusi talian 010-4304383 atau Hotline Bilik Operasi Search and Capture (SAC) 03-61401096. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.