`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Monday, June 8, 2026

Gegaran dirasai di Sabah susulan gempa bumi kuat di Mindanao

 Met Malaysia melaporkan gegaran dirasai di Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya.

Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC) melaporkan, gempa bumi berkekuatan 7.9 pada skala Richter melanda kawasan kepulauan Filipina pada 7.37 pagi tadi. (Gambar Jabatan Meteorologi Malaysia)
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) melaporkan berlakunya gegaran di beberapa kawasan di Sabah susulan gempa bumi kuat yang melanda Mindanao, Filipina pada 7.37 pagi tadi.

Met Malaysia dalam kenyataan berkata gegaran dirasai di Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya.

“Met Malaysia sedang memantau perkembangan kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Agensi berita Xinhua yang memetik Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC) melaporkan, gempa bumi berkekuatan 7.9 pada skala Richter melanda kawasan kepulauan Filipina.

Menurut CENC, pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 40km dengan kedudukan 5.55 darjah utara dan 125.1 darjah timur.

Pusat Amaran Tsunami Pasific dalam satu notis memaklumkan tsunami berkemungkinan berlaku ‘dalam tempoh tiga jam akan datang’ di kawasan pesisir Filipina, Indonesia, Palau, Taiwan dan Papua New Guinea.

Jepun pula mengeluarkan amaran tsunami bagi beberapa kawasan pesisir pantai Pasifik negara itu, dengan menjangkakan ombak setinggi sehingga satu meter akan melanda pelbagai wilayah mulai 11.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia).

Sementara itu, beberapa video di Facebook menunjukkan sebuah pusat beli-belah runtuh di General Santos City, manakala sebuah bangunan di kampus sebuah sekolah tempatan turut dilihat runtuh dalam rakaman lain. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.