`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Saturday, August 15, 2026

DAP dengan keputusan besarnya

 Saranan supaya DAP menekan Anwar Ibrahim tidak akan berhasil.

Mohsin Abdullah

Kawan lama saya, Wan Hamidi Hamid, beberapa hari lalu membuat catatan di Facebook yang menurut saya amat menarik. Judul ‘Apa lagi DAP mau?’ bagi saya eye-catching. Wan Hamidi yang pernah menjadi wartawan sekarang penulis buku.

Seperti yang saya ada nyatakan pada beberapa artikel sebelum ini, beliau ahli DAP. Ini membuatkan catatannya mengenai DAP dan kerajaan perpaduan khususnya amat menarik.

Hamidi memulakan catatannya mengenai janji kerajaan semasa PRU 2022 yang tidak (belum?) ditunaikan. Seperti janji mansuhkan Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Komunikasi dan Multimedia serta mahu meminda Akta Rahsia Rasmi dan kembalikan Akta Kebebasan Maklumat. “Bagi DAP ini bertujuan membuka ruang demokrasi yang lebih sihat,” kata beliau.

Hamidi turut mengingatkan FB friends beliau bahawa kerajaan juga berjanji untuk meluaskan amalan demokrasi di peringkat tempatan dan akar umbi. Katanya, DAP telah pun sanggup berkompromi untuk menangguhkan usaha melaksanakan pilihan raya tempatan, dan setuju dimulakan dengan pemilihan datuk bandar, atau pelantikan ahli majlis untuk Kuala Lumpur seperti yang dilaksanakan di negeri-negeri lain.

Kata beliau, “kuasa dah ada gunakanlah untuk kebaikan rakyat dan demi menunaikan janji. Tapi jika ini pun ditolak tak syok lah.”

Ada lagi katanya. “Kalau asyik bagi alasan kerajaan tak boleh tunaikan janji reformasi kerana ini bukan kerajaan Pakatan Harapan (tapi nampak macam lebih menjaga kepentingan pihak lain) ini amat pelik lah.”

“Jaga kepentingan pihak lain” — rasanya umum tahu siapa ‘pihak lain’ itu yang turut berada dalam kerajaan.

Pun begitu Hamidi mengakui memang sudah ada beberapa usaha reformasi yang dibuat malah sekarang ekonomi pun nampak baik “tapi janji-janji utama tetap perlu ditunaikan”. Jelas kita tahu apa yang beliau mahu kerajaan lakukan. Bagi partinya yang duduk dalam kerajaan beliau ajukan pertanyaan yang digunakan sebagai tajuk catatannya. Obviously. Meskipun catatannya ditulis pada 5 Ogos, jelas ia merujuk kepada kongres khas DAP esok yang diadakan untuk menentukan kedudukan parti dalam kerajaan perpaduan.

Bercakap mengenai kongres, bekas Ahli Parlimen Ong Kian Ming menyarankan perwakilan yang layak mengundi esok memilih untuk keluar daripada kerajaan perpaduan untuk tekan PMX agar melaksanakan sekurang-kurangnya sebahagian reformasi politik.

Kita tahu Ong tidak sehaluan dengan kepimpinan DAP sekarang setelah tewas pada pemilihan central executive committee pada 2022. Beliau masih ahli parti. Pada pendapat saya, saranan beliau supaya DAP tekan Anwar Ibrahim boleh disamakan dengan paksa dan this will not work.

Ketua Penyelidik Ilham Centre Yusri Ibrahim pula berkata sokongan terhadap DAP akan lebih merosot selepas ini jika parti itu buat keputusan keluar daripada Jemaah Menteri. “Pengundi Cina khususnya akan lebih menyampah kepada mereka,” kata beliau.

Sebab? Menurut Yusri, pengundi sudah undi DAP pada PRU15 dan mereka berjaya jadi sebahagian kerajaan, ramai yang jadi menteri, timbalan menteri dan segala macam, tetapi kemudian nak keluar pula atas sebab itu ini dan alasan itu ini.

“Kemudian bila PRU16 nanti kempen semula supaya diberi undi untuk menang dan jadi kerajaan sekali lagi supaya dapat selesaikan isu-isu berbangkit tadi. Agak-agak pengundi percaya?” kata Yusri.

Pada hemat Yusri, oleh kerana DAP diberi mandat oleh pengundi sehingga berjaya duduk dalam kerajaan, mereka harus terus bersuara dan memperjuangkan outstanding issues.

Kata Yusri, semua orang tahu tidak mudah berada dalam kerajaan perpaduan yang berbeza ideologi untuk deliver political will masing-masing tapi berusahalah — pengundi nak tengok effort yang mencukupi. “Mereka dah bagi kepercayaan dan undi seperti yang diminta sebelum ini,” katanya. Ringkasannya, DAP jangan noda kepercayaan yang diberi rakyat.

Bagi wartawan senior, Terence Netto, DAP dalam dilema. Jika keluar kerajaan the usual suspects akan kecam dan tuduh parti itu sebagai rakan tidak boleh diharap, kawan masa senang dan bukan sekutu zaman susah.

Jika DAP kekal dalam kerajaan, dan cuba mendapatkan Anwar melaksanakan reforms yang boleh ditunaikan, orang yang sama (yakni the usual suspects yang Netto sebut tadi) akan tuduh DAP dominan lalu menguasai kerajaan dan menjadi ancaman kepada orang Melayu.

“It is a classic case of being damned if you do and damned if you don’t. But frankly leaving (the government) would be the poorer choice,” kata Netto menerusi Letter to the Editor siaran FMT semalam.

Saya tidak mahu ramal apa keputusan DAP esok, cuma nak cakap sedikit tentang serangan politik identiti ke atas DAP semasa PRN Negeri Sembilan tempoh hari.

Dapatan Ilham Centre menyebut 67% pengundi Melayu anggap DAP ancam Melayu-Islam tapi sukar jelaskan ancamannya. Maksudnya apa? Percaya DAP ancam Melayu-Islam tetapi tidak tahu apa ancamannya. Begitu?

Menurut laporan Malaysiakini 8 Ogos lalu, analisis keputusan daerah mengundi dan demografi DUN Chennah menunjukkan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook masih mencatatkan peningkatan sederhana dalam kalangan pengundi Melayu, walaupun BN-PN bergabung tenaga untuk menarik lebih banyak undi Melayu.

Dalam bahasa mudah (seperti pada tajuk laporan): Sokongan pengundi Melayu pada Loke meningkat meski tewas di Chennah.

Saya tahu ini tidak ada kena mengena dengan kongres khas DAP esok. Sekadar nak kongsi kerana bagi saya dua informasi ini menarik. As a matter of fact that’s a fact. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.