Bantuan itu usaha berterusan untuk memastikan bantuan zakat dapat disalurkan secara lebih tersusun, termasuk merentasi sempadan negara.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan secara simbolik oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Menurut MAIPs, inisiatif berkenaan sebahagian usaha berterusannya untuk memastikan bantuan zakat dapat disalurkan secara lebih tersusun, termasuk merentasi sempadan negara.
“Ia juga bertujuan melengkapi peranan perwakilan Malaysia terpilih di luar negara yang menjadi antara barisan hadapan dalam membantu menjaga kebajikan rakyat Malaysia di perantauan,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kunjungan itu, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Ismail Mohamad Bkri, turut memberi taklimat mengenai hubungan Malaysia-Singapura serta peranan Suruhanjaya Tinggi dalam membantu rakyat Malaysia di republik berkenaan.
Antara perkhidmatan yang diberi keutamaan ialah urusan konsular dan imigresen, selain bantuan serta nasihat kepada rakyat Malaysia yang berdepan kecemasan atau situasi luar jangka.
Turut hadir Setiausaha Kedua (Pentadbiran) Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Safrizan Abdul Karim. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.