Laporan setebal 400 muka surat itu diserahkan oleh Pengerusi RCI Sidek Hassan di Istana Negara lewat petang tadi.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.
Laporan setebal 400 muka surat itu diserahkan oleh pengerusi suruhanjaya Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Istana Negara lewat petang tadi.
“Suruhanjaya telah menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda akan laporan suruhanjaya yang telah disediakan dalam masa tiga bulan.
“Seri Paduka akan membawa laporan itu kepada kerajaan dan saya telah menjelaskan dalam sesi bersama Seri Paduka tadi tentang hasil daripada suruhanjaya tersebut. Terpulang kepada kerajaan untuk membuat tindakan selanjutnya,” kata Mohd Sidek ketika ditemui pemberita di Istana Negara.
Terdahulu, Mohd Sidek yang juga pengerusi Petronas dan ahli suruhanjaya lain menghadap Sultan Muhammad V selama lebih sejam.
Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan, pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K Puspanathan.
Setiausaha Bahagian Pelaburan Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail dilantik sebagai setiausaha suruhanjaya.
Mohd Sidek berkata laporan berkenaan menyediakan 5 syor bagi 5 bidang rujukan suruhanjaya itu.
“Terserahlah kepada kerajaan untuk menyiarkan laporan itu kepada umum atau tidak,” katanya semasa ditanya tentang perkara itu.
Pada 15 Julai lepas, Agong memperkenan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat kerugian dialami BNM dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
Antara bidang rujukan suruhanjaya berkenaan ialah:
*Untuk menentukan sama ada urus niaga mata wang asing Bank Negara, yang mengalami kerugian, telah melanggar peruntukan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang lain yang berkenaan.
*Untuk menentukan sama ada terdapat unsur sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta penyata mengelirukan yang dikemukakan kepada Kabinet, Parlimen dan orang ramai berhubung kerugian dialami Bank Negara disebabkan urus niaga mata wang asing itu.
*Untuk mengesyorkan tindakan sewajarnya yang perlu diambil terhadap pihak yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung sekiranya mereka didapati menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian itu dan menyembunyikan fakta serta maklumat mengenai kerugian yang dimaksudkan.
*Untuk mengesyorkan tindakan yang patut diambil bagi memastikan perkara serupa tidak berulang.
Suruhanjaya itu bersidang selama 8 hari bermula dari 21 Ogos dan berakhir pada 19 September selepas memanggil 25 saksi.
Antara saksi berkenaan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan bekas Penasihat BNM Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. -FMT

SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
ReplyDeleteJIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
& INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
SILAHKAN HUB DI NO: ((_085-222-489-867_))
Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari AKI RORO
karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
hubungi AKI RORO DI NO: ((_085-222-489-867_))
insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO.Anda bisa juga dibantu melalui pesugihan.DANA GHAIB.