`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, October 31, 2017

Najib terima kunjungan imam besar Al-Aqsa

Sheikh Ekrima pernah melawat Malaysia buat pertama kali pada tahun 2003.
najib_al-agsa
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Said Sabri di pejabatnya di Parlimen.
Pertemuan pada 9.00 pagi ini berlangsung hampir setengah jam.
Sheikh Ekrima pernah melawat Malaysia buat pertama kali pada tahun 2003.
Beliau pernah dikenakan tahanan rumah oleh Israel seperti yang dilalui Presiden Palestin Yasser Arafat.
Pada Julai tahun ini, Sheikh Ekrima dilapor mengalami kecederaaan selepas selesai menunaikan solat di luar pintu Masjid Al-Aqsa, apabila polis Israel cuba menyuraikan penunjuk perasaan dengan menggunakan kekerasan hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin cedera. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.