`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 31, 2017

‘MEREKA LEBIH TAKUT JADI CINA PISANG, AMPUN TUANKU’

Kedudukan Bahasa Melayu di sekolah Cina ibarat melukut di tepi gantang, kata pensyarah Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Ahli akademik kontroversi itu berkata pengajaran Bahasa Melayu (BM) selama 240 minit seminggu tidak cukup dan tidak membolehkan pelajar Cina menguasai bahasa itu.
“Mereka mahukan persekitaran yang sepenuhnya Cina. BM yang diajar selama 240 minit seminggu adalah sebagai syarat sahaja. Kalau boleh, mereka tidak mahu ajar pun subjek BM ini.
“Semuanya mesti Cina,” katanya dalam surat terbuka kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam laman berita Ismaweb milik NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Sultan Nazrin pada 23 Oktober lalu bertitah, sekolah vernakular wajib mengambil tanggungjawab memastikan pelajarnya menguasai Bahasa Melayu supaya sama fasih atau lebih baik daripada pelajar sekolah kebangsaan.
Titah baginda, usaha itu dapat membantu usaha membina negara bangsa yang bersatu padu dan meminimumkan perasaan tidak selesa sebahagian masyarakat terhadap sekolah vernakular.
Sultan Nazrin juga menyifatkan warganegara Malaysia yang gagal memahami, bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa Kebangsaan sebagai janggal dan ironis kerana ia adalah identiti sesebuah negara bangsa.
Sementara itu, Ridhuan dalam surat panjangnya kira-kira lima halaman berkata, usaha menambah tempoh pelajaran BM di sekolah vernakular juga pernah mendapat tentangan hebat pemimpin masyarakat itu.
“Alasan mereka sangat mudah, jika ditambah masa BM di SJKC, ini akan menjejaskan prestasi penguasaan Bahasa Cina.
“Penambahan masa BM akan mengambil masa subjek lain yang diajar sepenuhnya dalam bahasa Cina. Situasi ini akan menyebabkan penguasaan bahasa Cina akan tergugat.
“Pendek kata, mereka tidak mahu pelajar Cina tidak dapat menguasai bahasa Cina sepenuhnya atau tidak menjadi secina-cinanya atau menjadi ‘Cina pisang’,” katanya.
‘Cina pisang’ adalah gelaran yang sering digunakan terhadap orang Cina yang tidak dapat berbahasa Cina. Ia merujuk kepada isi yang tidak sama dengan warna kulitnya.
Sementara itu, Ridhuan juga berkata, cadangan pengajaran subjek sejarah dalam bahasa Melayu juga mendapat tentangan sama yang didakwanya “menunjukkan proses ‘pencairan’ kecinaan tidak akan dibenarkan sama sekali”.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.