`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, October 31, 2017

KENAPA SUSAH SANGAT NAK MELENGKAPKAN SIASATAN 1MDB?

SATU DUNIA SELESAI DAN SUDAH AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG PADA YANG TERLIBAT DALAM KES SKANDAL 1MDB TETAPI DI MALAYSIA PIHAK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG MASIH MAIN ‘TARIK TALI!!’
Persoalan utama yang ingin saya tanya Apandi Ali selaku Peguam Negara ialah kenapa beliau tidak mahu menjalinkan kerjasama dalam isu ‘Mutual Legal Assistance’ dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland?!
Di Singapura tindakan undang-undang sudahpun dikenakan pada semua yang terlibat dalam kes skandal 1MDB!!
Ramai yang sudah kena penjara!! Malahan bank yang terlibat pun sudah diarah tutup oleh pihak kerajaan Singapura!!
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pun sudah memfailkan saman sivil dan kini sedang bergerak ke arah saman jenayah!!
Terdapat bukti sejumlah hampir RM19 bilion duit syarikat 1MDB telah diselewengkan dan mereka membeli pelbagai harta-harta di Amerika Syarikat!!
Pejabat Peguam Negara Switzerland pernah keluarkan kenyataan dianggarkan RM16.8 bilion duit-duit syarikat 1MDB diselewengkan dan kemungkinan wujud kesalahan jenayah ‘pengubahan wang haram’ di sana!!
Negara Luxembourg turut mengesahkan ujud salah laku penyelewengan dana syarikat 1MDB!!
Tetapi di Malaysia bekas Ketua Polis Negara iaitu Khalid Abu Bakar mengesahkan pada 12 April 2017 siasatan kes 1MDB sudah selesai dan kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara!!
Ketua Polis Negara yang baru turut mengesahkan pada 20 September 2017 siasatan kes skandal 1MDB telahpun selesai!!
Tetapi kini Azalina Othman Said selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan Peguam Negara telah mengarahkan PDRM pada 24 Oktober 2017 untuk buat siasatan lanjut mengenai kes skandal 1MDB!!
PIHAK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DI SELURUH DUNIA KHUSUSNYA DI NEGARA-NEGARA YANG SAYA TELAH BUAT LAPORAN SELESAI SIASATAN MEREKA!! NAMUN MENGAPA PIHAK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA MASIH BERDOLAK-DALIK SERTA ‘MAIN TARIK TALI’ DALAM ISU SKANDAL KEWANGAN TERBESAR DUNIA PADA DEKAD INI?!*
Saya berhak tanya pihak penguatkuasa undang-undang di Malaysia kerana saya adalah orang pertama yang buat laporan kes skandal 1MDB pada PDRM, SPRM, Bank Negara serta juga menghantar beberapa memorandum kepada Peguam Negara Malaysia!!
Apabila saya mengesyaki wujudnya unsur-unsur pengubahan wang haram di luar negara maka pada waktu itu saya terbang ke Singapura, Hong Kong, Peranchis, Switzerland, United Kingdom dan melaporkan pada pihak FBI di New York!!
Akhirnya, saya telah ditahan di dalam lokap ibu Pejabat Polis Dang Wangi serta Penjara Sg Buloh selama 2 bulan!!
Kononnya penahanan saya adalah kerana cuba mensabotaj ekonomi serta sistem perbankan negara!!
Penahanan saya di bawah akta SOSMA!!  Saya adalah rakyat Malaysia yang pertama ditahan serta didakwa di bawah akta SOSMA!!
Dalam ertikata yang lain, saya bukan nak buat kalut dalam kes skandal 1MDB ini tetapi saya mempunyai ‘Locus Standi’ untuk menyoal pihak penguatkuasa undang-undang di Malaysia mengenai status siasatan terkini!!
BANK NEGARA MALAYSIA TELAHPUN KOMPAUN BANK ARAB MALAYSIAN DAN MENGENAKAN KOMPAUN TERTINGGI SEJUMLAH RM150 JUTA DI ATAS BEBERAPA KESALAHAN SYARIKAT 1MDB!!
Bukankah ini bukti sahih salahlaku penyelewengan kes skandal 1MDB itu ada asas kebenarannya!!
Dari tindakan bank negara Malaysia ini sudah mengsahihkan jenayah kes skandal 1MDB!!
Keseluruhan dunia sedang memerhati gelagat pihak penguatkuasa undang-undang di negara Malaysia sepertimana kata YBHG Tuan Haji Mat Sabu “MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAH KU!!”
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
30 Oktober 2017
Ulasan – Berikutan kenyataan Azalina Othman Said bahawa Peguam Negara pada 24 Oktober lalu telah mengarahkan pihak polis menyiasat dengan lebih lanjut berhubung skandal 1MDB, bermakna sudah dua kali kertas siasatan pihak polis dipulangkan oleh Pejabat Peguam Negara.
Apa yang tidak lengkap lagi berhubung siasatan pihak polis itu?
Susah sangatkah untuk menyempurnakan siasatan sehingga dua kali ia dipulangkan oleh Pejabat Peguam Negara?
Apa dan di mana yang masih tidak lengkap itu?
Adakah ini bermakna Pejabat Peguam Negara benar-benar mahu melakukan pendakwaan atau sekadar bertujuan melengah-lengahkan masa sebelum tibanya tarikh pilihanraya?
Kalau Jho Low dapat dibawa balik untuk disiasat dengan teliti, agaknya mudah tak untuk mendapatkan bukti dan mensabitkan sesiapa berkaitan skandal 1MDB?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.