`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, October 31, 2017

Najib: Luar bandar tak perlu internet kelajuan tinggi

Kawasan luar bandar tidak mempunyai permintaan tinggi dan tidak wajar sekiranya wang rakyat diambil dan digunakan untuk memberi subsidi dalam perkara ini.
najib-internet-kampung
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tidak bercadang memberi subsidi untuk pembangunan internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, kawasan di luar bandar tidak mempunyai permintaan tinggi dan tidak wajar sekiranya wang rakyat diambil dan digunakan untuk memberi subsidi kepada mereka dalam perkara ini.
“Tidak wajar kita gunakan duit rakyat untuk beri subsidi pembangunan internet berkelajuan tinggi. Realitinya memang kita akan tingkatkan, tetapi hakikatnya kita ikut kepada model perniagaan.
“Jika permintaan meningkatkan internet di kawasan termasuk luar bandar berada di tahap rendah, maka ekonomi tidak seimbang. Itu bukan model perniagaan sebenar.
“Kawasan yang mempunyai tinggi permintaannya akan dapat kelajuan internet lebih dari kawasan yang kurang permintaan. Itu realitinya,” katanya sewaktu Dialog eUsahawan TN50 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Pada perkembangan lain, Najib juga berkata kerajaan akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia pada Jumaat ini.
Pelancaran itu juga akan dihadiri jutawan internet dari China, Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma.
DFTZ adalah inisiatif terbaru kerajaan dalam memacu perkembangan sektor e-dagang negara seiring usaha pengukuhan ekonomi domestik.
“Dia (Jack Ma) nyatakan kepada saya, kalau kita boleh berikan kelulusan kepadanya dalam masa 3 bulan, dia akan jadikan Malaysia sebagai DFTZ pertama di luar negara China.
“Kita berjaya memenuhi kehendak Jack Ma dalam masa 3 bulan dan ia mengejutkan. Dia tidak fikir ada kerajaan boleh buat (kelulusan) dalam masa 3 bulan,” katanya.
Najib berkata, Jack Ma juga memberikan syarat kepada Malaysia untuk mencari sekurang-kurangnya 1,500 orang usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat.
“Jack Ma akan datang. Saya diberitahu sasaran 1,500 syarikat PKS dan mereka kata tidak mungkin dapat itu, tetapi sekarang ini 1,900 yang hadir dan hampir 2,000 syarikat sudah ada.
“Ini menunjukkan hampir 2,000 syarikat ini boleh peroleh pasaran luar di China. Pasaran China adalah pasaran yang besar,” tambahnya lagi. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.