`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 11, 2017

Jangan Gunakan Sekolah Untuk Berpolitik, Datuk Ayub Selar Amanah Yang Hantar Sumbangan Kertas A4..

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat hadir pada majlis perasmian Anugerah Lestari dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Johor sempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang diadakan di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, hari ini. - Foto Nurul Amanina Suhaini

'Elak politik kertas A4'

ISKANDAR PUTERI: Pihak sekolah diingatkan supaya tidak menerima sebarang sumbangan kertas daripada parti pembangkang, bagi mengelak ia dipolitikkan pihak berkenaan apabila gambar sumbangan terbabit disebarkan seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak membantu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata bekalan kertas A4 daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi operasi sekolah di negeri ini, mencukupi untuk kegunaan sepanjang tahun.
Katanya, Parti Amanah Negara memberi bantuan kertas A4 berkenaan kepada beberapa sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja dekat sini, serta mengambil gambar penyerahan itu untuk dimanipulasi tanpa pengetahuan pihak sekolah.
"Parti pembangkang bagi satu kotak kertas bersamaan 10 rim sahaja dah masuk berita, sedangkan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique bagi 150 rim, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Seri Dr Adham Baba beri 50 rim dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai berikan 42 rim tak masuk berita.
"Saya cabar parti itu hantar 150 rim setiap minggu, jangan hantar satu kali, satu kotak, kemudian bergambar, bungkus tempe pun tak cukup," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Anugerah Lestari dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Johor sempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang diadakan di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Ayub berkata, Pejabat Pendidikan memang membekalkan sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi terutamanya kertas dan pembangkang dinasihatkan jangan mempolitikkan sekolah terutamanya di Johor.
"Jangan gunakan sekolah sebagai bahan untuk meraih publisiti murahan untuk kepentingan sendiri," katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.