`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 29, 2017

Majlis Keraian Rakyat – untuk Rakyat atau untuk Yang Berhormat?

Thosai merupakan makanan tradisi masyarakat India yang terkenal di Malaysia - Foto : www.backpakingmalaysia.com
Rakyat harus budayakan kenyataan bahawa Yang Berhormat berada di atas kerana kuasa rakyat, dan seharusnya berkhidmat untuk rakyat bukan sebaliknya, ujar Adinda V Lavender.
“Pukul berapa nak makan ni dah lama dok tunggu. Depa sembang politik, semua parti sama ja.” rungut seorang lelaki Melayu lingkungan usia 60 tahun.
Inilah suara halus yang jelas kedengaran ketika saya hadir tanpa sengaja ke majlis rumah terbuka sempena perayaan Pesta Cahaya di kampung saya.
Majlis yang dihadiri hampir 800 tetamu dari pelbagai kaum dan lapisan usia disajikan dengan nyanyian merdu oleh seorang gadis muda. Dari jauh kelihatan penyedia makanan sibuk menyediakan persiapan akhir untuk dihidangakan secara buffet kepada tetamu yang hadir. Antara hidangan adalah nasi minyak, tosai, bihun goreng, muruku, minuman dan ais kacang.
Malangnya, majlis yang dijadualkan pada pukul 5 petang tidak ditepati. Adalah tidak wajar membiarkan tetamu menunggu hampir sejam, tanpa dihidangankan segelas air. Diburukkan lagi dengan suasaan tempat duduk yang terhad memaksa tetamu untuk bersesak ini memberikan ketidakselesaan terutama kepada kanak-kanak dan warga emas. Di sisi tepi khemah, sekumpulan warga emas duduk terpinga-pinga memerhatikan sekeliling yang dipercayai dijemput dari rumah kebajikan berhampiran.
Sedarkah penganjur, sepatutnya majlis diraikan untuk bersama orang awam iaitu pengundi, jadi tidak perlu menunggu ketibaan Yang Berhormat yang tidak menepati waktu. Yang Berhormat mendapat jawatan dan mememangnya menagih undi rakyat untuk terus berkuasa dan mecari makan melalui politik; seharusnya Yang Berhormat menepati masa yang dijanjikan. Jika terdapat halangan, pengajur perlu meneruskan majlis mengikut sesesuai atucara tanpa mengecewakan tetamu. Ini bukan pertama kali, dan kerap kali terjadi dalam majlis yang melibatkan Yang Berhormat.
Menjadi rutin pemimpin atau parti politik mengadakan majlis rumah terbuka; yang menjadi hakikat adalah niat disebaliknya. Adakah makanan percuma untuk orang ramai untuk menunjukkan keprihatin pemimpin bersama rakyat meraikan perayaan atau hanya medium untuk mengumpulkan rakyat dengan tujuan menunjukkan sokongan?
Tiba masa, Yang Berhormat menyampaikan ucapan selepas persembahan, seorang demi seorang tetamu berdiri dan beratur mendapatkan makanan. Dalam kerterujaaan Yang Berhormat berucap mengenai kos sara hidup yang meningkat dan peluang pekerjaan yang terhad, Yang Berhormat berhenti berucapan apabila melihat tetamu mula berasak-asak mendapatkan makanan. “Saya tahu semua sudah lapar, sila dapatkan makanan,” ucap Yang Berhormat dengan senyuman.
Gelombang pilihanraya sedang rancak didendang, tiba masanya rakyat perlu sedar majlis keraikan adalah majlis untuk rakyat, sebagai tanda penghargaan pemimpin kepada rakyat bukan ruang lakonan pemimpin membuktikan mereka mendapat sokongan rakyat. Rakyat perlu bijak memilih “gula-gula”; jangan tersalah pilih “gula-gula” yang sudah tamat tarikh luput. Pilihan dan kuasa dalam genggaman rakyat; salah memilih akan tergadai seluruh kepentingan rakyat untuk seorang individu dan kroninya.
Sebagai rakyat prihatin, kesedaran untuk memilih, menyoal dan memberikan pendapatan perlu di tanamkan supaya dapat membezakan antara kaca dan permata. Rakyat tidak harus dibeli oleh majlis keraian, minyak percuma, beras percuma, makanan percuma, janji manis atau apa sahaja lakonan pemimpin hanya untuk mengambil hati rakyat.
Isu yang realistik perlu diberi perhatian dan pertimbangan sebagai kunci pengundi untuk membuat pilihan. Sebagai contoh, isu kebanjiran, peluang pekerjaan yang dimonopoli golonga warga asing terutama di Pulau Pinang dan isu harga perumahan sangat memberi kesan kepada generasi akan datang.
Fenomena rakyat dilayan sebegini, bukannya kali pertama malangnya sudah menjadi kebiasaan. Rakyat perlu tegas dan bijak: jangan menjadi mangsa kepada Yang Berhormat untuk terus berkuasa. Budayakan kenyataan bahawa Yang Berhormat berada di atas kerana kuasa rakyat, dan seharusnya berkhidmat untuk rakyat bukan sebaliknya.
Adinda V Lavender ialah nama pena seorang belia yang menyertai Bengkel Penulis Muda Aliran dengan thema “Aspirasi belia dan PRU14”. -ALIRAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.