`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, October 10, 2017

Pakar dedah terdapat universiti ‘senyap-senyap’ guna sistem kuota

Universiti guna pakai sistem kuota supaya tiada kursus yang didominasi satu-satu kaum, kata Datuk Prof Teo Kok Seong.
Teo-Kok-Seong
PETALING JAYA: Bekas penasihat pendidikan kebangsaan hari ini menyatakan terdapat universiti secara “senyap-senyap” mengguna pakai sistem kuota untuk kemasukan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setiap tahun.
Datuk Prof Teo Kok Seong bagaimanapun berkata, peratusan mengguna pakai sistem kuota untuk kemasukan pelajar berkenaan tidak banyak.
Menurutnya, penggunaan sistem kuota berkenaan juga perlu untuk “sekali sekala” bagi keperluan tertentu.
“Kalau tidak, kita akan dapati sesuatu kursus ini satu bangsa. Maksudnya kalau kita ikut meritokrasi, kursus seperti perubatan rata-rata akan dipenuhi pelajar bukan Melayu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini. 

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa dasar meritokrasi tidak membantu pelajar dari masyarakat India memasuki IPTA.
Najib berkata, sekiranya kerajaan tidak berbuat sesuatu, besar kemungkinan penyertaaan masyarakat India di peringkat IPTA hanya sekadar 3% atau 4% sahaja dan tidak sampai 7%.
Teo berkata, sistem kuota juga diperlukan untuk menyeimbangkan penuntut dari segi jantina dan kelompok minoriti seperti Orang Asli dan kurang upaya.
Felo utama Institut Kajian Etnik (Kita) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam masa yang sama turut menyatakan dasar meritokrasi juga tidak boleh digunakan 100% untuk kemasukan pelajar.
Katanya, sekiranya menggunakan dasar berkenaan, terdapat kelompok yang akan tercicir contohnya kes masyarakat India seperti yang dikatakan oleh Najib. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.