`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 23, 2017

PAS WAJIB TERIMA CADANGAN INI JIKA IMPIAN MENANG 40 KERUSI DAN MENDUDUKI PUTRAJAYA BENAR2 MAHU DICAPAI

Segera berunding dengan UMNO, demikian gesaan veteran Pas, Mustaffa Ali kepada parti Islam itu.
Beliau yang sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya Pas berkata, Pas wajar menyahut pelawaan yang sudah beberapa kali diluahkan UMNO untuk bekerjasama demi kepentingan negara ini.
Katanya,  kerjasama itu tidak semestinya memerlukan Pas masuk BN, tetapi parti itu perlu berunding dengan UMNO kerana Pas sudah tiada “chemistry”  lagi untuk bersama Pakatan Harapan.
Kata Mustaffa lagi, hasrat Pas untuk menjadi “king maker” dengan mengharapkan berlakunya Parlimen tergantung tidak mungkin berjaya kerana sistem pilihanraya kita tidak akan membenarkannya berlaku di mana pilihan hanyalah sama ada menjadi kerajaan atau pembangkang.
Memandangkan gesaan untuk bekerjasama ini diluahkan oleh Mustaffa yang pernah menjadi pemimpin kanan Pas, parti itu sebaik-baiknya menerima cadangan tersebut jika impian mahu memenangi 40 kerusi Parlimen dan menjadi menduduki Putrajaya, benar-benar menjadi kenyataan.
Bertanding tiga penjuru, berdepan BN dan PH, sebenarnya tidak menjanjikan kemenangan lebih daripada 10 kerusi kepada Pas. Malah, jumlah kerusi yang akan dimenangi Pas mungkin lebih buruk daripada itu.
Pas akan kalah teruk kepada calon UMNO di kawasan-kawasan yang pengundi Melayunya melebihi 90 peratus berikutan BN mempunyai kelebihan dari segi jentera, kewangan dan penguasaan media.
Di kawasan pengundi campuran pula, kelebihan adalah kepada PH untuk menang melalui sokongan pengundi bukan Melayu yang amat ketara kepada DAP dan hilangnya keyakinan mereka kepada MCA, MIC atau Gerakan.
Dengan yang demikian, bertanding tiga penjuru sambil mengharapkan mampu menang 40 kerusi tidak lebih merupakan “impian kosong” dan “syok sendiri” bagi Pas. Ia tidak mungkin dicapai.
Dalam pertandingan tiga penjuru, meskipun BN masih ada peluang untuk mengekalkan kuasa, harapan PH jauh lebih cerah kerana perpecahan pengundi Melayu akan memberi keuntungan kepada gabungan pembangkang yang diketuai Tun Mahathir, sambil dibantu melalui sokongan padu pengundi-pengundi bukan Melayu.
Jalan mudah bagi Pas untuk memenuhi impiannya menang 40 kerusi Parlimen hanyalah melalui kerjasama dengan UMNO di mana UMNO tidak meletakkan calon, sebaliknya memberi sokongan penuh kepada Pas di kerusi-kerusi  yang akan ditandingi parti itu.
Calon-calon Pas yang dibantu oleh jentera dan dengan sokongan ahli-ahli  UMNO adalah lebih untuk menang ketika berlawan dengan calon PH, berbanding jika berlaku pertandingan tiga penjuru.
Sebagai imbalan kerana UMNO tidak meletakkan calon di kerusi-ketusi  yang Pas bertanding, maka Pas mestilah juga tidak meletakkan calon di semua kerusi yang akan ditandingi oleh UMNO.
Calon UMNO yang dibantu oleh jentera dan sokongan ahli Pas turut lebih mudah  untuk menang ketika berdepan calon PH, berbanding dalam pertandingan tiga penjuru.
Selepas masing-masing menang, mereka bolehlah membentuk kerajaan campuran berteraskan Melayu dan Islam yang ditunjangi oleh UMNO dan Pas.
Akhirnya, bukan saja impian Pas untuk menang 40 kerusi akan tercapai, malah cita-cita menduduki Putrajaya juga akan terlaksana.
Lebih dari itu, cita-cita Pas untuk membantu Najib mengekalkan kuasa dan memastikan kezaliman Tun Mahathir tidak berulang, dengan sendirinya juga menjadi kenyataan.
 
Mudah bukan memahami cadangan Mustaffa itu?
 
Lalu, kenapa Pas masih bersusah-payah mahu bertanding tiga penjuru sedangkan jalan mudah untuk memenuhi impian dan cita-citanya sudah terbentang di depan mata?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.