`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 17, 2017

PEMBANTU ROSMAH: BELIA TAK SOKONG HIMPUNAN ANTIKLEPTOKRASI

Himpunan ‘Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ yang berlangsung hujung minggu lalu di Padang Timur, Petaling Jaya didakwa pembantu isteri Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor sebagai tidak mendapat sokongan golongan muda.
“Saya rasa, hasil pertemuan dengan beberapa anak muda, mereka tak datang himpunan bukan kerana tengok MU lawan Liverpool.
“Tetapi mereka tak sertai himpunan kerana bosan, keliru dan penat melihat telatah pakatan pembangkang di negara ini,” katanya.
Rizal berkata golongan belia bosan dengan politik yang dimainkan pembangkang.
“Cerita pasal nak tumbangkan BN tetapi mereka sendiri tak keruan, siapa bakal PM pun tak boleh umum dan yang paling ketara, berpecah bergaduh sesama sendiri sepanjang masa,” katanya.
Menurut Rizal golongan belia juga keliru atas pensejajaran politik baharu pembangkang menyatukan tokoh-tokoh yang pernah menjadi seteru politik.
“Mereka keliru kerana Tun Dr Mahathir, yang dahulunya dimaki dicerca dan digelar dengan segala macam benda sama seperti yang mereka lakukan kepada PM Datuk Seri Najib sekarang, telah disambut dan dirai bagai seorang hero oleh pimpinan pakatan pembangkang.
“Contohnya, Datuk Seri Wan Azizah duduk sebaris dengan lelaki yang pernah penjarakan suaminya,” kata Rizal dalam kenyataannya hari ini.
Himpunan antikleptokrasi itu berakhir dengan pihak penganjur mengumumkan kehadiran 25,000 peserta. Malaysiakini pula menganggarkan jumlah hadirin kira-kira 8,000.
Manakala Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan jumlah kehadiran peserta perhimpunan sekitar 4,000 orang.
Penganjur sebelum ini menyasarkan kehadiran 100,000 peserta.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.