SHAH ALAM – Tindakan ahli politik yang menggunakan sekolah sebagai medan berpolitik adalah sesuatu yang tidak harus dilakukan.
Bagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tindakan ahli politik itu seolah berniat untuk merosakkan pemikiran anak bangsa di negara ini.
“Sekolah sepatutnya jadi tempat belajar. Dahulu di sekolah, kita gantung bendera Malaysia, sekarang mereka nak ajar gantung bendera parti politik pula,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Baru-baru ini, portal tempatan melaporkan suasana sebuah sekolah rendah di Presint 14, di sini, bertukar menjadi majlis parti politik.
Difahamkan, sebuah kementerian telah menetapkan syarat untuk menggunakan tema sebuah parti dan ‘kemerdekaan’ bagi pertandingan menghias bilik darjah dan upacara penyampaian hadiah sekolah itu.
Bercakap kepada pemberita, guru besar, Mohd Amin Hamzah berkata, tema majlis itu ditentukan oleh sebuah kementerian.
Namun, katanya sekolah itu mematuhi segala peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan.
– Sinar Harian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.