`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 27, 2019

5,000 aduan hina agama diadu ke polis, SKMM

Mujahid Yusof.
BANGI: Kira-kira 5,000 aduan berkaitan penulisan atau provokasi bersifat menghina agama Islam dan Nabi Muhammad yang diterima melalui unit pemantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata ia sebahagian daripada puluhan ribu aduan yang diterima unit berkenaan sejak ditubuhkan pada bulan Mac bagi memantau penulisan berbentuk provokasi di semua platform media termasuk media sosial.
“Sejak talian aduan dibuka, kita terima berpuluh-puluh aduan di mana ada satu ketika unit itu menerima sehingga 10,000 aduan sehari.
“Daripada jumlah itu, lebih kurang 5,000 aduan dirujuk kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika menjawab soalan peserta pada Seminar Islam Rahmatan Lil Alamin dan Townhall Maqasid Syariah hari ini.
Seminar yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam di sini itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Mohamad Nordin Ibrahim dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Abdul Aziz.
“Daripada aduan itu, difahamkan 4 kes telah disabitkan di mahkamah dan pelakunya telah dijatuhkan hukuman,” katanya.
Beliau berkata langkah menubuhkan unit pemantau yang bekerjasama dengan polis dan SKMM itu menunjukkan pihaknya tidak berdiam diri dalam menjaga kepentingan Islam walaupun secara perundangan akta mengenainya bukan bawah bidang kuasanya.
Beliau berkata daripada aduan yang diterima, terdapat akaun palsu yang sengaja diwujudkan individu tertentu bagi membangkitkan sentimen perkauman melalui tulisan provokatif berkaitan agama yang dimuat naik di media sosial.
Dilancarkan pada 8 Mac lepas rentetan kes-kes menghina Nabi Muhammad dan perbuatan mempersendakan agama Islam, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan boleh membuat aduan ke ke aplikasi WhatsApp di talian hotline 010-3005260 atau e-mel kepada aduan@islam.gov.my. - FMT

1 comment:

  1. Menteri when Imported Preachers, Geng Haji Bawang and Mufti dari Darul terrorist hina bangsa and agama bukan Islam, HOW?

    Can other religions bring their IMPORTED PRIESTS AND HAVE DAKWAH, COMPARATIVE RELIGIONS AND CONVERSION OF MUSLIMS? WILL THE PRIESTS THAN BE DISAPPEARED?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.