`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


.jpg" width="300" />

Saturday, August 31, 2019

31 premis musnah terbakar di Sungai Lembing, suami isteri ‘hilang’

5 jentera dengan kekuatan 54 pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian di Sungai Lembing untuk memadam kebakaran. (Gambar Bernama)
KUANTAN: Sebanyak 31 buah premis di Sungai Lembing, musnah keseluruhan pada kebakaran yang berlaku pada 1.20 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohamad berkata kemusnahan melibatkan 11 rumah kongsi setingkat, 19 rumah kedai 2 tingkat dan sebuah perpustakaan.
“Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.20 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3.55 pagi.
“Buat masa ini, pihak kami sedang membuat pemeriksaan menyeluruh kerana difahamkan terdapat sepasang suami isteri yang tidak ditemui dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Nor Hisham berkata 5 jentera dengan kekuatan 54 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, terdiri daripada dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Indera Mahkota, Taman Tas dan Gebeng. - FMT

1 comment:

  1. Capital Lending and Mortgage Group offer Business Financing,loans to suit your business plan. Get quick & easy access to the funding you need now,Get the financing you need to help your business grow Quickly. Apply Now, Home finance, Business finance,Personal finance, Company finance, Student finance. Quick Approval,Email: capitallendinghelpdesk@gmail.com
    Blog: https://capitallendingfince.blogspot.com/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.