`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 23, 2019

Bendera Malaysia dibakar: Annuar Musa kantoi sebar gambar lama

SETIAUSAHA Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun twitter cuba memperbodohkan orang ramai dengan menyebarkan gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki.

Menerusi kiriman itu Annuar Musa menulis caption berbahasa Inggeris bermaksud, 

"Umno dan BN telah meletakkan asas yang kuat untuk negara. Kita hidup dalam aman dan harmoni hampir tujuh dekad. Tapi kini ia mula runtuh, sekeping demi sekeping, sedikit demi sedikit,"


Namun Annuar Musa jelas sekali kantoi, apabila gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki berbaju kuning itu sebenarnya bukanlah gambar baharu. Gambar itu dikesan telah wujud sejak tahun 2013 lagi.

Malah kejadian membakar bendera Malaysia itu bukanlah berlaku di negara ini. Ia berlaku di negara jiran Filipina dalam satu tunjuk perasaan membantah gerakan ketenteraan Malaysia terhadap kumpulan bersenjata Filipina di Sabah.

Individu berkenaan dilaporkan bernama Abner Afuang, seorang bekas pegawai polis Filipina. Gambar itu dipercayai kali pertama dimuat naik ke Internet menerusi laman sesawang sumber berita ABS CBN. Bertarikh 03 Jun 2013 dan foto itu diambil oleh jurugambar Lito Diaz.


Gambar lelaki berbaju kuning membakar bendera Malaysia ini, juga sebelum ini pernah viral dikaitkan kononnya lelaki itu adalah salah seorang peserta himpunan bersih, tujuannya tidak lain untuk memfitnah Himpunan Bersih.

Kalau kita lihat di media sosial, kebelakangan ini, memang banyak machai-machai jahat menyebarkan gambar-gambar lama bendera Malaysia terbalik, untuk menanam persepsi negatif terhadap negara.

Namun amat malang bila Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Setiausaha Agung Umno, turut sama terlibat melakukan kerja jahat dan fitnah seperti ini.

Anda boleh semak sendiri kiriman itu di laman sosial Twitter milik Annuar — @AnnuarMusa (cepat klik sebelum dia padam)

"Jangan pelik jika nampak ramai machai-machai dan zombie-zombie suka sebar gambar dan cerita fitnah sebab pemimpin mereka pun buat perkara sama,"


Sumber — milosuami

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.