`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 28, 2019

Jakoa ada wang, tunggu Kementerian Kewangan lulus bayaran pengusaha bas

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dilaporkan berkata, kontraktor yang puratanya pengusaha bas Orang Asli tidak menerima bayaran selama 5 bulan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sedang menunggu kelulusan Kementerian Kewangan untuk membuat bayaran kepada pengusaha bas sekolah bagi masyarakat itu.
Ketua Pengarahnya, Juli Edo berkata Jakoa mempunyai wang mencukupi dan komited menyelesaikan isu itu yang dibangkitkan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.
“Jakoa telah mengangkat permohonan pembayaran perkhidmatan bagi April, Mei dan Jun 2019 kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan dan kelulusan.
“Jakoa mempunyai peruntukan mencukupi bagi tujuan pembayaran tersebut dan memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan selaras peraturan semasa sebelum pembayaran dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan yang diterima FMT hari ini.
Sumber memberitahu FMT, Jakoa mempunyai dana mencukupi untuk menjelaskan tunggakan itu, tetapi pembayaran hanya boleh dibuat selepas diluluskan Kementerian Kewangan.
“Kita bukan tidak ada duit, ada duit, cuma sebelum kita buat pembayaran, kena dapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.”
Semalam, Ramli dilaporkan berkata, pengusaha bas mahu menghentikan perkhidmatan bas sekolah bagi masyarakat Orang Asli jika Putrajaya gagal melangsaikan tunggakan itu.
Katanya, kontraktor yang puratanya pengusaha bas Orang Asli tidak menerima bayaran sehingga 5 bulan.
Beliau turut menasihatkan ketua pengarah Jakoa menumpukan perhatian untuk melaksanakan dasar memajukan Orang Asli, bukannya menjadi ahli politik memperjuangkan isu tidak penting seperti agama dan cara hidup masyarakat itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.