Bila membaca kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Fukuoka Jepun bahawa Malaysia tidak boleh ‘menghalau’ Lynas setelah menjemput syarikat perlombongan nadir bumi itu melabur di negara ini, jelas memperlihatkan betapa pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘hipokrit’ dan ‘cakap tidak serupa bikin’.
Mana Lim Guan Eng?
Mana Fuziah Salleh?
Mana Wong Tack?
Dan mana pejuang-pejuang Lynas yang lain?
Kajian pakar menunjukkan bahawa sisa radioaktif ‘pada tahap sangat rendah’ dan tidak berbahaya kepada kesihatan bukan baru dilakukan. Di waktu Barisan Nasional (BN) dahulu sudah dimaklumkan perkara ini.
Namun pejuang-pejuang Lynas dari PH menafi dan memutar belitkannya. Kenyataan pakar dikatakan tidak benar. Sekarang bagaimana?
Justeru itu, bila Dr. Mahathir berkata, ada pihak tidak terima keputusan pakar yang membuat laporan tersebut, maka, saya ingin ingatkan bahawa yang tidak menerimanya dahulu ialah pimpinan PH sendiri. Cuma kini mereka telah u-turn.
Namun, YB Fuziah Salleh, masih terus mengelirukan rakyat apabila mendakwa Kerajaan PH tidak boleh menutup kilang Lynas kerana tersepit akibat hutang kerajaan dahulu dengan Jepun.
Fuziah Salleh adalah pelakon terbaik Lynas.
Ramai menonton filemnya kan?
Sedangkan di zaman Datuk Seri Najib Razak, BN tidak membuat hutang baharu dengan Jepun. Hutang yang ada adalah dibuat pada zaman Dr. Mahathir dan dilunaskan pada zaman Najib Razak.
Persoalannya, kenapa Malaysia perlu membuat pinjaman Bon Samurai sebanyak RM7.3 bilion dari Jepun?
Sedangkan sejumlah RM80 bilion sudah ‘diambil’ dari Petronas dan sekitar RM120 bilion lagi dari pelbagai ‘institusi dalaman.’ Hingga kini hutang Malaysia telah mencecah RM807 bilion berbanding RM686.8 bilion sewaktu ditinggalkan BN.
Hakikatnya, rakyat sudah muak dengan PH. Kerajaan ini layak dipanggil ‘Kerajaan 1001 alasan.’
Rakyat mahu penyelesaian dan janji ditepati.
Jika betul kilang Lynas bermasalah sebagaimana kempen PH dalam PRU-14, maka tutup sahajalah kilang itu.
Dan kenapa tidak melakukannya?
Sebaliknya PH terus menipu dan meletakkan kelemahan mereka kepada orang lain.
Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Ketua Penerangan UMNO
Ketua Penerangan UMNO
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.