`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 14, 2019

Merebut Tanah Kepunyaan Awam Carcosa - Melayu Marhaen Dapat Apa?

Tuan-tuan yang saya hormati, dalam negara kita buat masa ini sedang berlaku banyak kes 'camouflage' atau 'samar-menyamar'. 

Serupa juga dengan komando penembak curi atau scout sniper yang memakai baju celoreng atau baju berbulu supaya tidak kelihatan walaupun dalam jarak terdekat dengan sasaran.  Tujuannya supaya sasaran (target) itu tidak sedar akan bahaya dan ancaman sehingga saat terakhir. Bila sedar sudah too late. Kepala sudah meletup kena tembakan sniper.

Kekadang juga sniper itu pandai membuat 'gangguan' atau diversion untuk mengalih perhatian mangsanya. Contohnya letupan kecil dilepaskan di tempat lain untuk mengalih perhatian orang. Ketika fokus orang terganggu, sniper tadi akan menembak mereka dari belakang.  Kena tembak juga.

Kesudahannya sama - orang Melayu yang tidak sedar apa benda yang sedang berlaku dalam negara akan terkena tembakan maut sniper.  Celoreng (baju tompok) atau camouflage mereka adalah   bahasa, agama, bangsa  dan serupanya.

Semalam saya membaca berita yang menarik - berita daripada minggu sudah. Siapa minat boleh baca dalam The Star di sini.

Kesimpulannya dulu. Kesimpulannya negeri Pahang mempunyai banyak tanah. Tetapi siapa nak beli beribu ekar tanah di Kampong Bantal di Ulu Tembeling? Nilainya sangat kurang. Ataupun siapa pula nak beli ladang 1,000 ekar di Dabong di Kelantan? Valuenya sangat kurang juga. 

Tapi tanah di Kuala Lumpur sudah makin kehabisan.  Sila lihat gambar ini. Inilah bangunan bersejarah Carcosa (berbumbung merah) dan 'guest house' Seri Negara (belah kiri nya).  Carcosa telah dibina pada tahun 1896 oleh Frank Swettenham, Gabenor General British. 


Kemudian pasca Merdeka, Perdana Menteri kita yang pertama Tuanku Abdul Rahman Putra  telah "menghadiahkan" Carcosa dengan tanah 40 ekarnya kepada British untuk dibuat kediaman British High Commissioner.   

Perdana Menteri kita dulu sungguh bermurah hati dengan harta kepunyaan rakyat - boleh di "hadiahkan" pula kepada British !!

Kenapa PM kita dulu tidak hadiahkan tanah dia sendiri kepada British? Tapi tanah kepunyaan awam Carcosa pula dia kasi kepada British.   Niakung walikatung betul !  
  
Anyway  pada tahun 1987 Carcosa telah kembali ke tangan kerajaan Malaysia. 

Maksudnya Carcosa - Seri Negara serta tanah seluas 40 ekar itu adalah milik tuan-tuan,  rakyat negara dan pembayar cukai (taxpayers).

Tetapi sekarang kedua bangunan Carcosa dan Seri Negara bersama 30 - 40 ekar kawasan tanahnya sekarang menjadi rebutan orang yang powerful, orang yang mempunyai kabel yang sangat kuat.

Apakah nilai tanah 40 ekar Carcosa Seri Negara ini? 

Satu ekar itu adalah 43,560 kaki persegi atau square feet (sf).

Jadi bagi 40 ekar, jika kita ambil kiraan nilai RM1,000 satu kaki persegi (per square foot atau psf) maka nilai tanah yang luas ini boleh melebihi :

43,560 sf x 40 ekar x RM1000 / psf = RM1.74 BILLION.

Jika tanah 40 ekar  ini "jatuh" dalam tangan 'developer' atau GLC yang angan-angan untuk menjadi developer,  ia boleh dimajukan menjadi kawasan perumahan dan commercial yang mewah dan lumayan.  

Katakanlah potential Gross Development Value atau GDVnya  adalah LIMA KALI ganda nilai tanahnya. Maksudnya tanah ini berpotensi  dijadikan projek yang bernilai   RM8.7 BILLION. 

Oklah sap-sap sui, katakanlah GDVnya TIGA KALI ganda sahaja daripada nilai tanah nya -  it is still RM5.2 BILLION.

(Saya  yakin GDVnya boleh lebih dari LIMA KALI ganda nilai tanah.)

Tetapi jika tuan-tuan tahu sangat  pasal  kempunan (craving) orang kaya dan orang yang powerful terhadap tanah Carcosa ini, mungkin tuan-tuan akan menimbulkan banyak soalan - contohnya 

1. Siapa pemaju nya? 
2. Siapa kontraktor nya?  
3. Apa "harga" kontraktor untuk kerja kontrak?
4. Siapa dapat komisyen nya? (Mesti ada komisyen).
5.   Apa nilai tanah per square foot atau psf yang diambil kira (jangan pula jadi macam kiraan tanah style 1MDB)?
5. Dan banyak soalan lagi lah.

Kalau terlalu banyak soalan, ianya boleh merumitkan keadaan.

Oleh itu sniper-sniper mereka akan perlu kepada banyak lagi camouflage. 



Dan mereka akan menggunakan diversionary tactic untuk alih perhatian tuan-tuan. Bangsa, bahasa, agama, negara dan apa-apa lagi lah dalam karya mereka.


Akhir kalam, apa pun yang bakal berlaku, nasib tuan-tuan tidak akan berubah. Kecuali sedikit sahaja orang kaya dan powerful dalam circle mereka ini. 

Tuan-tuan rakyat marhaen boleh lah berseronok beli kereta Proton dengan membayar harga Honda Accord. Atau beli Honda Accord dengan membayar harga kereta Mercedes.  Dan bersyukur, berterima kasih,  bertaqdir, berserah, bersabar dan ber-ber entah apa lagi lah. Such a simple existence.  Orang yang powerful ini tersangat sayang kepada tuan-tuan. They really love you with all their heart and all their dompet.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.