`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 19, 2019

Mufti Perlis Setuju Zakir Naik Dihantar Pulang Tapi Bersyarat

(FMT) – Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin setuju jika penceramah kontroversi Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India tetapi ia perlu dilakukan dengan bersyarat.
Memetik Harian Metro, Asri dilaporkan berkata syarat utama adalah Zakir mesti mengadakan satu dialog harmoni dengan wakil kumpulan atau pihak yang menggesanya pulang ke negara asal.
“Kenapa tidak dianjurkan satu dialog antara Zakir dengan mereka yang tidak berpuas hati dengan seperti dialog antara beliau bersama M Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia).
“Jika Zakir kalah, I’m will be the first to tell Zakir Naik to get out from this country (Saya akan menjadi orang pertama meminta Zakir tinggalkan negara ini).
“Begitu juga dengan Kulasegaran jika dia kalah, dia perlu pertimbangkan ke mana dia mahu pergi selepas itu,” katanya.
Jika kerajaan mahu menghalau Zakir pulang kerana beliau bukan warganegara, Asri berkata, ramai lagi pendakwah atau guru agama lain yang bukan warganegara tinggal di Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri mengetahuinya.
Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kenyataan Zakir kelihatan seperti beliau mahu melibatkan diri dalam politik negara.
Katanya, kenyataan Zakir jelas membangkitkan rasa perkauman dalam kalangan rakyat.
Mahathir menegaskan penceramah agama asing dialu-alukan berceramah, tetapi tidak patut mencampuri politik.
Zakir menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia selepas mengatakan orang Cina dan India di negara ini, yang beliau sebut sebagai “tetamu lama”, harus meninggalkan Malaysia terlebih dahulu sebelum beliau berbuat demikian.
Sebelum itu, beliau juga mendakwa penganut Hindu Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi berbanding Mahathir walaupun menerima lebih “100 kali” hak berbanding umat Islam di India.

1 comment:

  1. Mufti Tin Kosong. Berdakwah lah seberapa banyak yg ZN mau. Persoalannya adalah kenapa ZN membangkitkan isu agama dan bangsa lain. Jgn lah kamu spin,twist atau bongok pura2 tdk faham bahasa. Itu lah yg dibantah. Kenapa mau berdialog sehingga ada kalah menang. Beginikah sebenarnya kau yg dulu saya hormati tiba2 berputar 360 darjah mejadi rasis. Tak mungkin kau tdk tau sbab2 ZN dibantah?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.