`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 23, 2019

Part 2 : Keadaan Sebenar Orang Melayu Biasa Berbanding 'Vested Interests'.

Image result for kampong melayu


This is Part 2 of  something I wanted to write about - the vested interests, their monopolies and oligopolies that have made Malaysians, especially the Malays, poorer.  The situation has denied the average Malay as well as the average Malaysian a fair portion in the Malaysian economy.

Case No 1.  

"Minyak kuota" atau "quota oil" yang diberi kepada orang kaya raya.

Tuan-tuan perlu faham berkenaan 'vested interests' atau pihak yang berkepentingan yang telah kaya berpuluhan juta Ringgit daripada O and G contracts (Oil and Gas)  buat sekian lama.  Tetapi bukannya kontrak O and G menggali telaga minyak atau membina pelantar minyak di tengah laut. 

Biar saya jelaskan sedikit di sini.

Their "Oil and Gas" contracts is just selling 'quota oil' where there was (possibly still is) a certain quota of oil for well connected bumiputras to buy oil from Petronas and sell it to the market.  It was (maybe still is) easy money.

Sebenarnya Petronas boleh menjual semua minyak dan gas tanpa perlu kepada sesiapa pun.  Tetapi kerana sedikit bilangan orang kaya telah monopolikan kontrak 'minyak kuota' mereka menjadi orang tengah menjual 'minyak kuota'. Under the guise of the bumiputra policy. 

Untung rugi mereka  naik turun mengikut  peralihan kuasa Dr M  ke Pak Lah ke Penyamun dan balik kepada Dr M.

The players may change tetapi macam mana pun tetap ada group ini yang mengaut "keuntungan" berjuta  Ringgit.  Sekarang dengan kembalinya kuasa politik kepada Dr Mahathir, nasib sebahagian mereka pun 'ikut bersama'.   

Tetapi tuan-tuan harus faham bahawa keuntungan bagi mereka meletakkan atau mengakibatkan kos yang tinggi kepada tuan-tuan. There is a huge cost. Bagi setiap juta Ringgit yang mereka 'untung'  daripada khazanah harta negara, maksudnya tuan-tuan pula menjadi miskin kurang sejuta Ringgit juga.  

For every million Ringgit by which they become richer, you will become poorer by the same amount.  Because there is only a fixed amount of oil money to 'share' every year. 

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan orang Melayu pembaca blog ini  - how many of you even knew there was this scheme going on? Did you know about this "minyak kuota" ? 

I personally know TWO readers of this blog who were/are involved in this 'minyak kuota' scheme. And one of them works for the other. Lama tak jumpa bro.
  • Kalaulah orang kaya dan berpengaruh tidak terlibat kontrak "minyak kuota" ini, tentu sekali Petronas akan dapat lebih banyak keuntungan. 
  • Kalau Petronas mendapat keuntungan yang lebih, mungkin harga minyak pun tidak perlu naik tinggi. 
  • Mungkin harga minyak boleh turun pun.
Jadi tuan-tuan, kerana sebilangan kecil  orang yang berpengaruh yang boleh mengaut keuntungan besar daripada kontrak 'minyak kuota' ini  maksudnya tuan-tuan lah yang sebenarnya subsidise kekayaan mereka dengan bayar harga minyak yang lebih tinggi di stesen minyak.  

You are paying higher petrol prices while these very rich people  made millions selling 'quota oil'.   You, the ordinary Malay and the poor Malay, are keeping these few people very wealthy.

Yang sedihnya these 'rich people' did not learn anything about real business. This was easy money.  Neither can they pass down any real business skills to the next generation.  
Case No. 2  

I mentioned a few days ago that the New Straits Times building in Jalan Riong, Bangsar has been sold to an "agency" (PNB??) The figure mentioned to me was RM260 million.  Now the NST has 'sewa balik' the same building from PNB. 

Jadi sekali lagi bagi CEO bergaji berpuluh ribu, ahli lembaga pengarah bergaji berpuluh ribu, general manager bergaji berpuluh ribu dan semuanya  mereka telah merugikan peluang ekonomi dan menghabiskan harta negara juga. Bisnes mereka lingkup. 

Sehingga New Straits Times terpaksa menjual bangunan HQ, termasuk dengan printing presses sekali.  Dan siapa pula yang beli bangunan mereka?  PNB.

PNB adalah pemegang "amanah" untuk bumiputera - amanah saham bumiputera, amanah saham nasional dan ada lagi lah.  Duit RM260 juta itu adalah duit amanah pelaburan makcik, pakcik, cikgu dan orang lain. 

The question is boleh ke NST gunakan duit RM260 juta untuk membaik pulih bisnes mereka yang begitu merosot dan merugikan? Can the New Straits Times be saved - to justify that RM260 million?  Saya rasa tidak mungkin.   (Yes it can only if I am running it. Bergurau saja.) 

(Serupa juga UMNO terpaksa pam masuk RM1.6 juta untuk membayar gaji pekerja Utusan Malaysia yang telah membazirkan hayat mereka menulis propaganda bagi UMNO. Boleh ke duit Umno RM1.6 juta itu menyelamatkan Utusan Malaysia? I dont think so. Tetapi soalan besarnya dari mana pula UMNO mendapat duit RM1.6 Juta itu? Tentu sekali duit itu pun datangnya daripada "harta negara" kita juga. Duit tuan-tuan lah. It is YOUR money. They take YOUR money for their own survival. Tuan-tuan jadi miskin dulu.)

Jadi tuan-tuan orang Melayu, tolong sedarlah diri.

Setiap juta Ringgit yang PNB bayar kepada NST sebenarnya adalah duit tabung amanah daripada tuan-tuan. It is your money.

Bagi mereka yang sedikit bilangannya  mereka terus kaya raya. 
Tuan-tuan yang jauh lebih ramai dapat apa?

Case No 3.   

Harga beras yang "insane" juga.  Monopoli beras Bernas miskinkan Melayu dulu.

Pagi tadi saya jumpa sahabat dan arkitek saya yang baru balik bercuti TIGA minggu di Eropah. Dia adalah contoh seorang Melayu yang successful - telah lama berdikari.  

Dia baru kongsi maklumat dengan saya bahawa di UK se-kilo beras basmathi gred satu, harganya hanya SATU paun Sterling atau RM5.00 sekilo (atau lebih sikit).

Di Malaysia pula harga beras basmathi melebihi RM12.40 sekilo. 
Lebih dua kali ganda harga beras basmathi di UK. 





Kalau basmathi di UK hanya RM5.00 sekilo, maksudnya harga beras putih biasa pun  akan jauh lebih kurang daripada RM5.00 sekilo (di UK).

Di Malaysia pula, disebabkan harga beras basmathi lebih RM12.00 satu kilo, maksudnya beras putih biasa, gred rendah pun dijual dengan harga lebih RM5.00 se-kilo.

Jadi tuan-tuan saudara Melayu, cuba try faham.   The world market price  for beras basmathi gred satu is only about RM5.00 se-kilo.

Maksudnya even with your average monthly income, tuan-tuan saudara Melayu sudah boleh beli dan makan beras basmathi gred satu. For only RM5.00 satu kilo.

Sebab inilah harga yang isteri tuan-tuan sedang bayar sekarang untuk beli beras putih biasa di Malaysia. Your wife is already paying super grade basmathi price but she only gets  beras putih gred biasa. (Of course kalau nak beras lebih murah, beras gred haprak dijual dengan harga RM3.00 se-kilo di Tesco.)

I have to repeat - disebabkan monopoli beras yang diberi kepada Bernas (atau AP impot beras yang diberi kepada orang kaya dan orang ternama tertentu) maka tuan-tuan orang Melayu terpaksa membayar lebih RM5.00 satu kilo untuk membeli beras putih gred biasa.

Jika tuan-tuan terasa untuk makan nasi beras basmathi pula, maka tuan-tuan kena bayar lebih RM12.00 satu kilo.  Padahal di UK, orang Mat Salleh hanya bayar RM5.00 satu kilo untuk beras basmathi. Dan negeri Eropah tidak mempunyai sawah padi pun.

Jadi orang Melayu marhaen miskin dulu.  Untuk menampung taukeh monopoli beras jadi lebih kaya.  Orang Melayu yang miskin sabsidikan orang Melayu yang kaya.


Case No 4.  Monopoli yang terbaru - monopoli tiang cellular phone.

Ok tuan-tuan di sini cerita satu lagi monopoli baru yang bakal miskinkan tuan-tuan lagi. 

Maksudnya harga broadband, harga atau tarif panggilan cellphone boleh menjadi lebih mahal atau (best case pun)  tarif tidak akan menurun. 

End result kedua  - Melayu miskin dulu.
End result pertama - Melayu elit, Melayu politik dan Melayu berpengaruh jadi lagi kaya.

Ini cerita dia.

Buat masa sekarang, syarikat mobile phone (Maxis, Digi, Celcom dsbnya) meletakkan alat komunikasi cellular atau radio base station (RBS) di atas bumbung kedai, atas menara masjid, atas bangunan dsbnya.

Sewanya agak lumayan juga - anything from RM2,000 sebulan hingga RM4,000 sebulan.  

Buat masa ini orang awam (rakyat marhaen) dan juga masjid turut mendapat sedikit untung daripada sistem cellular phone di Malaysia jika syarikat mobile menyewa bumbung atau menara masjid untuk di pasang alat RBS atau radio base station. 





Menara masjid pun dapat sewa lumayan (RM2,000 - RM4,000 
atau lebih) daripada syarikat mobile phone


Tetapi mula daripada penghujung hayat UMNO / BN dan terus bersambung ke zaman Pakatan Harapan, beberapa orang yang mempunyai kabel yang kuat telah mendapat idea bahawa Radio Base Station atau RBS yang menyewa bumbung kedai dan menara masjid patut di 'centralise' lokasinya di satu tempat sahaja.  

"Tempat" yang dimaksudkan itu adalah 'lamp pole structure' ia itu sebatang tiang besi yang lebih kurang saiz tiang lampu juga. Seperti dalam gambar ini.



Maka tidak perlu lagi sewa bumbung kedai dan menara masjid.  

Bagi saya ini kerja 2 x 5. Membazir sahaja. 

Kalaulah di kawasan luar bandar  atau pun dalam bandar - elok digunakan saja bumbung bangunan dan menara masjid yang sedia ada yang serves the same purpose quite well. Why waste money and build special lamp pole structures ?  

And here is the best (or worst part).  Kalau dulu sewanya RM2,000 - RM4,000 bagi sewa bumbung bangunan dan menara masjid, sekarang pula sewanya antara RM5,500 (single renter) sehingga RM7,000 (two operators sharing one pole). 

Maksudnya kos bagi syarikat mobile phone makin naik. 

Dan sudah tentu  mereka akan menghadapi tekanan kos untuk naikkan lagi tarif panggilan mobile phone, tariff broadband dan sebagainya.  Tuan-tuan yang akan jadi miskin dulu. 


Tetapi bukan itu saja yang masuk dalam kiraan mereka. 

Beberapa buah negeri (Melaka, Perak, Sarawak dan negeri lain) telah meluluskan enakmen undang-undang negeri bukan saja untuk "menukar" sistem infrastruktur mobile phone ini tetapi pihak Negeri telah juga menetapkan bahawa hanya syarikat tertentu akan diberi MONOPOLI sebagai  tuanpunya lokasi 'lamp pole structure' yang baru ini.

Maka wujudlah SATU LAGI LAPISAN  MONOPOLI YANG BARU.

Yang berikut ini adalah keputusan oleh kerajaan negeri Melaka :



Melaka telah melantik Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (sebuah anak syarikat kerajaan negeri) sebagai syarikat ekslusif dalam perancangan dan pengurusan infrastruktur telekomunikasi  di negeri Melaka.  Dan juga melantik MICTH sebagai Penyelia Tunggal Ekslusif bagi semua syarikat telekomunikasi di Melaka. 

Tak kisah lah samada anak syarikat 100% kepunyaan kerajaan negeri atau syarikat swasta 100%, a monopoly is still a monopoly.  

The real work - trenching ke, tarik kabel ke, pasang fibre optic ke, membina menara telekomunikasi ke - akan dibuat oleh orang lain. Ataupun boleh dibuat oleh orang lain. Jadi apa guna menambah  satu lagi lapisan monopoli (walaupun anak syarikat 100% kepunyaan kerajaan negeri) yang hanya akan menambahkan kos pembinaan infrastruktur?  

Cerita ini belum habis lagi. Oleh kerana syarikat ini adalah MONOPOLI  mereka boleh (if they want)  melantik mana-mana subcontractor yang mereka 'suka' untuk menyiapkan kerja infrastruktur.  

Sekali lagi kos boleh naik - kos yang terpaksa ditanggung oleh mobile phone operators (Maxis, Digi, Celcom dsbnya).   Dan akhir sekali kos yang lebih ini akan ditanggung oleh tuan-tuan, pengguna telefon - melalui tarif yang pasti akan naik.

Yang berikut pula adalah contoh 'mimpi ngeri' atau nightmare scenario dari sebuah lagi negeri. 

Seperti juga Melaka, negeri ini telah "meluluskan" hanya sebuah syarikat MONOPOLI (bukan anak syarikat kerajaan negeri pun)  diberi :

i.  hak ekslusif tunggal sebagai pemaju atau penyelia infra telekomunikasi di seluruh negeri itu 

ii.  semua permohonan pembangunan infra telekomunikasi dalam negeri itu perlu melalui syarikat MONOPOLI itu. 

Dan syarikat MONOPOLI ini mempunyai shareholder yang sangat berpengaruh dan powerful dalam negeri itu.

Saya di beri faham dalam negeri itu terdapat around 3415  'telco sites' atau tapak RBS. Dengan penghijrahan kepada sistem baru (lamp pole structure) dianggarkan akan wujud 2,561 tiang RBS yang baru. 

Jika sewa bagi setiap tiang adalah RM7,000 (two operators sharing one pole) ini bermaksud sewa bulanan DALAM SATU NEGERI ITU SAJA adalah 2,561 x RM7000 =  RM18 JUTA sebulan !!!

Satu tahun adalah  RM216 juta !! Bagi SATU NEGERI saja. 
Dalam negara kita terdapat 12 buah negeri lagi dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

So tuan-tuan, why is our Ringgit falling?  Because there is little added productivity in our economy.  They just create 'artificial layers' in the economy and make you - the consumer - pay more and more. 

Inilah yang telah berlaku dan masih berterusan dalam ekonomi negara kita. 

Yang lagi sedih, dan merugikan ialah, para CEO, General Manager syarikat monopoli seperti ini tidak belajar untuk bersaing dengan keadaan ekonomi yang sebenarnya  dalam dunia  (the real economy). 

There is an extra layer of costs added to our mobile phone infrastructure. 
Which does not add much of  "new" value.

Kalau diberi 'monopoli' yang serupa, saya percaya Hamid bebudak Bangla yang kerja potong rumput pun boleh 'berjaya' dalam bisnes model seperti ini.

Just create new layers of monopoly (and new layers of cost) without adding much extra value.

Inilah yang telah berlaku dan sedang berlaku dalam ekonomi negara kita selama lebih 40 tahun. UMNO/BN jadi jaguh sistem 'no value added' ini dan rupanya Malaysia Baru Dr Mahathir pun akan turut mengikuti cara ini juga.

Dan yang menjadi mangsa adalah tuan-tuan, terutama sekali orang Melayu yang majoriti penduduk dalam negara kita. 


Orang Melayu lah yang akan miskin dulu. Orang Melayu marhaen, orang biasa yang sedihnya masih tidak faham apa yang  sebenarnya sedang  berlaku dalam negara kita.

Dalam dua gambar berikut, kita boleh melihat alat komunikasi mobile phone dipasang pada tiang lampu yang sedia ada (street lamp-post). 





Of course ini berlaku di negara lain, bukan di Malaysia. Alat ini adalah untuk sistem super canggih 5G yang belum ada lagi di Malaysia. Hanya China, Korea Selatan dan beberapa negara Barat sedang mencuba sistem 5G ini.

Tetapi apa yang perlu kita faham ialah mereka tidak membazir wang (harta negara sebenarnya) untuk mengadakan monopoli infra telekomunikasi, membina tiang RBS yang khusus dan sebagainya yang hanya menambah kepada kos - padahal tiang lampu tepi jalan yang sedia ada boleh juga digunakan yang menghasilkan results yang sama. Dan saya percaya 'bayaran sewa' untuk tiang lampu tepi jalan seperti di atas jauh lebih murah daripada sewa tiang 'lamp pole structure' yang khusus.

Pendekatan mereka ialah untuk mengurangkan beban atas bahu syarikat swasta dan para pengguna.   What the cellular operators as well as the consumers need is a working system at the cheapest cost. 

Sebab itu juga di negeri mereka harga beras basmathi gred satu hanya RM5 sekilo. Di negara kita pula harga beras putih gred biasa pun sudah lebih RM5 sekilo. Harga beras basmathi di Malaysia pula lebih RM12 sekilo.

Akhir kalam di sini saya ingin merujuk sebahagian daripada ayat Al Quran,   Surah 59:7  :

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ


Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari penduduk negeri, maka adalah ia bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum keluarga, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir.  Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu   . . 


SAHIH INTERNATIONAL  -   'And what Allah restored to His Messenger from the people of the towns - it is for Allah and for the Messenger and for the near relatives and orphans and the traveler - so that it will not be a perpetual distribution among the rich from among you.


Whatever Allah restored to His messenger from the communities shall go to Allah and His messenger. You shall give it to the relatives, the orphans, the poor, and the traveling alien. Thus, it will not remain monopolized by the strong among you. . . 


Sila perhatikan  bahagian ini :     it will not remain monopolized by the strong among you

Dengan terlalu jelas, sistem ekonomi monopoli dan oligopoli adalah sangat bertentangan dengan ayat Surah 59:7 ini.

For the detractors, this does not mean that the Quran is an economics textbook. 

We should not allow wealth to be monopolised or oligopolised just because the Quran says so.   The Quran says so because that is indeed a bad thing to do.

Mewujudkan monopoli dan oligopoli dengan sengaja akan mewujudkan golongan kaya yang akan mengambil tindakan untuk mempertahankan kekayaan mereka. Orang lain perlu dimiskinkan untuk mereka terus kekal kaya.  

Dalam negara kita saya melihat monopoli dan oligopoli yang sengaja diwujudkan akibat dasar politik lebih miskinkan orang Melayu daripada orang lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.