`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 20, 2019

Polis tahan suspek bakar masjid di Padang Terap

Keadaan salah sebuah daripada 4 masjid yang dibakar di beberapa daerah di Kedah. (Gambar Facebook)
ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran membabitkan mimbar dan permaidani Masjid Padang Setol dekat Padang Terap, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Noh Idris berkata, lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira 3 petang di Kampung Tanjung Pedu di daerah sama.
“Semakan awal mendapati suspek memiliki 2 rekod jenayah berkaitan khianat serta judi dan kita ada bukti kukuh yang boleh mengaitkan suspek dengan jenayah khianat terhadap pusat ibadat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kejadian dan menasihatkan orang ramai tidak membuat pelbagai andaian yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Noh berkata dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi semalam, seorang jemaah yang hendak menunaikan solat subuh terkejut apabila mendapati kesan kebakaran pada bahagian mimbar dan permaidani masjid itu dan kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.
Beliau berkata kejadian seumpama itu merupakan kali ke-4 berlaku di beberapa masjid di negeri ini iaitu di Masjid Kampung Rambai dan Masjid Pendang di daerah Pendang dan sebuah lagi di Masjid Tok Keling.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.