`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 2, 2019

Taska mungkin cuai - Polis

a screen shot of a person: LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.© Provided by Media Prima LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.siraj@hmetro.com.my
POLIS masih menunggu laporan perubatan mengenai kes kematian bayi berusia sembilan bulan yang lemas di dalam baldi di taska di Seksyen 32, Shah Alam, 24 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Selangor untuk tindakan selanjutnya.
“Pihak TPR masih menunggu laporan perubatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berkenaan.
“Bagaimanapun, siasatan polis mendapati berlaku kecuaian daripada pihak taska itu,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam kejadian berkenaan, bayi malang itu, Abdul Rayyan Mijan ditemui lemas dalam baldi berisi air di dalam tandas taska berkenaan.
Difahamkan, mangsa ditemui penjaga taska dengan tubuh kebiruan dan tidak sedarkan diri selepas bayi berkenaan didapati tiada di dalam bilik.
Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.